22 April 2010 - Semalam spekulasi berlegar-legar di dalam blog pembangkang. mereka menyatakan UMNO sanggup mengadai maruah dan berjuang mati-matian untuk Calon BN sedangkan beliaulah orang yang mencadangkan agar dikalungkan selipar kepada Tun Dr. Mahathir.
Menjawab spekulasi ini amat mudah. Kalau BN sanggup bermatian berkempen untuk calon mereka, bagaimana pula dengan PAS? Bukankah Zaid mengaku beliau pernah minum arak. memetik kata-kata beliau dari blog Malaysia Kini http://www.malaysiakini.com/news/129717, beliau secara 'berlapik' menjelaskan,
"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,"
Dalam ertikata lainnya PAS boleh menerima seorang pemabuk apabila beliau bertaubat. Apa salahnya BN menerima seorang Calon apabila beliau sudah meminta maaf? Dan maaf tersebut telah diterima oleh Tun Dr. Mahathir. Jadi nak pertikai apa lagi?
Hari ini, sasaran mereka beralih kepada TDM yang sebelum ini diangkat kerana isu tersebut. mereka mula mempertikaikan janji-janji TDM yang dibuat sebelum ini http://www.malaysiakini.com/news/129898
Ini menambahkan lagi rasa lucu dan lawak semasa yang cuba dilakukan oleh pembangkang. Apa peliknya seorang ahli UMNO turun padang bersama-sama membantu jentera berkempen?
Persoalan seterusnya, adakah tujuan TDM turun ke Hulu Selangor untuk berkempen? Bagaimana pula dengan janji-janji PKR dalam Pilihanraya sebelum ini? Bukan satu yang dijanjikan mereka, tapi berpuluh-puluh tapi satu pun mereka tidak laksanakan.
Janganlah kerana satu janji kita sudah mula menghentam orang. Adakah mereka takut dengan TDM?
Fikir-fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.