22 April 2010 - Kalau pagi Malaysiakini mengungkit Tun Dr Mahathir mungkir janji. Dalam link saya sebelum ini ada memaparkan kisah tersebut. Mereka memetik kata-kata yang diluahkan dari Tun di Ibu Pejabat MARA.
Hari ini, apabila ditanya oleh pihak media mengenai perkara itu, TDM mengakui ianya hanya strategi politik. Beliau tidak mahu mengembar-gemburkan kehadiran beliau sewaktu kempen Barisan Nasional di Hulu Selangor ini.
"Tidak salah jika seorang ahli menyokong partinya bertanding".
Kenyataan tersebut keluar dari mulut TDM sendiri.
Saya teringat kisah Lim Guan Eng sewaktu spekulasi mengenai Sambutan Maulidur Rasul dulu. Spekulasi tersebut wujud kerana strategi politik Lim Guan Eng.
Yang lawaknya, taktik mereka itu sendiri sudah terkena pada batang hidung mereka sendiri. Mereka terperangkap dalam strategi politik TDM.
Hari mengundi tinggal dua hari lagi. Harapan tinggi diletakkan kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor. Persoalan adakah mereka mahu wakil dari hanya Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?
Fikir-fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.