Salam 1Malaysia.
Tajuk posting itu menjadi persoalan bila melihat video klip ini. (Klik sini).
Tajuk posting itu menjadi persoalan bila melihat video klip ini. (Klik sini).
Nak kata Cina, Bukan. Nak kata Melayu, bukan. Jadi dia ni tak boleh nak kita klasifikasikan sebagai Ultra. Itulah gambaran yang sewajarnya buat Nizar Jamaludin, Bekas Menteri Besar Perak.
Mungkin lebih sesuai kalau kita labelkan dia sebagai Auta. Menipu je yang dia tau.
Hari ni Redha, esok ceramah maki hamun Mahkamah. Hari ni kata derhaka, tapi esok dia boleh kata dia tak melawan Sultan.
Adakah ini jenis pemimpin PAS yang Partinya bertunjangkan Islam? Adakah Islam pernah mengajar umatnya untuk membuat ceramah atau menyebarkan dakyah seperti ini?
Saya setuju dengan tindakan UMNO Selangor untuk membuat laporan Polis seperti yang ditulis oleh The Unspinners. Biar dia menjawab dakwaan ini di Mahkamah.
Ini bukan satu hasutan? Ini bukan satu fitnah? Tambah bukti video ini dalam Petisyen Zaid Ibrahim nak buat terhadap BN dan DS Najib. Berani sangat nak cabar SPR yang dia kata tidak adil dan berat sebelah. Malah Zaid juga turut menyatakan bahawa SPR dan Polis berat sebelah.
Adakah Nizar ini yang mahu dijadikan sebagai teladan? Dengan sifat barannya, dengan lagak sombongnya, tidak lupa juga dengan keangkuhannya. Adakah itu yang kita mahukan sebagai pemimpin? Seorang yang tidak redha dengan ketentuan Allah S.W.T?
Fikir - fikirkan lah.
PS: Lepas ni PRK Sibu pulak. Ingatan Semut Hitam kepada calon yang bertanding,
"JANGAN BUAT JANJI. JANJI TU RASUAH KATA ZAID IBRAHIM". Kalau orang bercinta pun jangan janji bintang dan bulan. Tu kira rasuah jugak. Hehehehe...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.