Salam 1Malaysia.
Mungkin kemenangan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor baru - baru ini melibatkan beberapa faktor. Salah satu faktor yang tidak ketinggalan untuk kita bicarakan adalah bilangan pengundi muda bagi saluran 3 dan 4.
Apa yang kita sedia maklum, jumlah pengundi muda pada Piliharaya Kecil kali ini sangat kurang. Hanya lebih kurang 24% sahaja dari mereka yang berusia 40 tahun ke bawah yang keluar mengundi. Selebihnya sama ada mereka tidak keluar atau tidak pulang ke kawasan mengundi yang ditetapkan.
Hal ini telah dijelaskan kepada beberapa individu yang berkenaan. Soalan yang ditanya ialah mengenai bagaimana caranya untuk kita meneylesaikan masalah ini.
Seperti tajuk posting, anak - anak muda ini adalah Generasi Pelapis. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negera di masa akan datang. Jika kita tidak mengendahkan mereka, maka nasib Negara di masa hadapan sangat diragui dan tidak dapat kita bayangkan.
Pemimpin harus mengambil serius akan perkara ini dan jangan terlalu leka dengan mainan politik pembangkang. Mereka hanya tahu menyesatkan lagi anak - anak muda kita dengan janji serta dakyah songsang mereka.
Kita perlu berusaha, tidak kira sama ada diperingkat Pusat, Negeri, Bahagian mahupun Cawangan sekali pun, perkara ini harus ditangani. Satu mekanisme yang baru harus kita perolehi.
Jika tidak sekarang bila lagi? Janganlah kita jadi seperti kata pepatah, sudah terantuk baru nak terngadah.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.