Salam 1Malaysia.
Posting hari ini rasanya tidak ada gambar yang sesuai untuk disertakan. Kerana ianya adalah pandangan kebiasaan Masyarakat Melayu dari dulu hingga hari ini.
Apa pandangannya?
"Apa saya dapat kalau masuk Parti ini?"
Itulah persoalan yang diajukan oleh seorang sahabat kepada saya baru - baru ini.
Bagi menjawab soalan ini, jawapan saya hanya satu: "Apa yang awak mahu?"
Penerangan terhadap persoalan ini mengingatkan saya kepada kisah Khalid Al-Waleed. Ketika beliau dan angkatan tentera Islam sedang berhadapan dengan tentera Rom Kristian, datang seorang Jeneral Rom ke tengah medan.
"Apa yang kamu mahu?" Tanya Lelaki tersebut.
"Arahan Khalifah hanya 3: Peluk Islam, Bayar Jizyah atau Perang."
"Adakah kalian tidak melihat kekayaan yang dapat kami berikan sekiranya saudara menyertai kami?" Tanya Jeneral itu lagi.
"Tidak". Jawab Khalid.
"Kenapa?" Tanya General itu lagi.
"Kerana apa yang kami lihat hanyalah syurga di depan mata. Bukan kekayaan dunia."
Itulah jawapan yang saya berikan kepada sahabat saya bagi menjawab soalan beliau. Apa beliau dapat jika memasuki sesebuah parti adalah apa yang beliau lihat sendiri.
Hakikat bahawa fungsi sesebuah Parti itu bukanlah untuk mendapatkan keuntungan hari ini sahaja, tetapi kesannya perlu berpanjangan sehingga generasi akan datang.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.