Ahad, Mei 23, 2010

Salam 1Malaysia.

Posting Semut kali ini masih memaparkan sifat - sifat ahli politik. Tipikal benar pemikiran mereka.

Hairan kenapa sesetengah masyarakat melihat dengan menyertai sesebuah Parti politik mereka boleh memperolehi kekayaan dengan mudah.

Apakah sebab sebenarnya keadaan ini berlaku kepada mereka? Adakah disebabkan mereka melihat pemimpin - pemimpin Politik hari ini hidup mewah kerana Politik semata - mata?

Kembali kepada persoalan asas, adakah sesuatu perkara itu akan berlaku tanpa kita perlu membuat apa - apa? Adakah ini konsep politik bagi mereka?

Mereka (ahli - ahli) lebih lama dalam politik. Mereka terlebih dahulu menjadi ahli. Tetapi pemahaman mereka seolah - olah mengambarkan bahawa mereka baru hari ini menyertai politik. Baru hari ini mereka mengenali politik.

Kenapa ianya jadi begitu? Yang bertambah hairan, perkara ini berlaku kepada seorang yang ada pegangan Agama Islam yang kuat dan dikenali dengan nama Ustaz. Nauzubillah.

Dalam Islam, tujuan seseorang Muslim itu memeluk Islam adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah. Matlamat hidupnya adalah untuk masuk ke syurga.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau diwajibkan mengikuti Rukun Islam:

1. Mengucap dua kalimah Syahadah.
2. Mendirikan solat 5 waktu sehari.
3. Berpuasa dibulan Ramadhan.
4. Menunaikan Zakat, dan
5. Menunaikan Haji serta Umrah bagi yang mampu.

Kelima - lima elemen dalam rukun Islam ini hakikatnya adalah untuk Umat Islam itu berusaha. Berusaha untuk mencapai matlamat mereka.

Jadi tanpa usaha, apa gunanya?

Sedangkan Semut dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia. Jangan kita kufur dengan nikmat Allah. Jangan kita menidakkan Rukun Iman yang keenam: Percaya Kepada Qada' dan Qadar Allah S.W.T.

Bukan mahu menyamai Politik dengan Agama, tetapi konsepnya tetap sama. Usaha itu Tangga Kejayaan.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping