Isnin, Mei 03, 2010

Salam 1Malaysia.

Isu hangat masa kini masih mengenai spekulasi RM4juta sumbangan kepada blogger Kickdefella untuk memburukkan imej pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semalam, penulis blog tersebut, Syed Azidi telah tampil dan mendedahkan 5 Individu yang terlibat dalam memberi sumbangan tersebut seterusnya menjawab persoalan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang dibuat sebelumnya.

Wang tersebut dilaporkan untuk membiayai Operasi Gerak Saraf sekitar tahun 2007. Baca pendedahan selanjutnya di blog The Unspinners.

RM4juta!!! Bukan sikit jumlahnya. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk rakyat dengan wang sebanyak itu. Yang menjadi persoalan ialah dari mana mereka (PAS) memperolehi wang sebanyak itu?

Dalam pendedahan sebelum ini, mereka sendiri mengakui dapat keuntungan balak sebanyak RM355juta. Jadi mungkin persoalan itu tidak menjadi masalah.

Tetapi persoalan baru yang perlu dijawab oleh Pemimpin PAS Kelantan ialah kenapa wang sebanyak itu tidak dilaburkan kepada rakyat? Imbas kembali Carta Warga Miskin sebelum ini, Kelantan menduduki tempat Pertama.

Maka, PAS Kelantan sanggup menghabiskan wang sebanyak RM4juta bukan untuk rakyat. Tetapi semata-mata untuk memburuk-burukkan orang lain.

Adakah tindakan mereka ini juga merupakan satu tuntutan dalam Islam iaitu dengan membiayai wang rakyat untuk memburuk-burukkan orang lain terutama sesama Muslim?

Fikir - fikirkan lah.

Dengar cerita, PAS Pahang akan mendirikan Bangunan PAS Negeri di Temerloh. Katanya, kos pembinaan bangunan tersebut juga menelan belanja berjuta ringgit. Dari mana pulak la mereka dapat duit tu ye?

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping