Latarbelakang Masyarakat Cina
Seperti yang kita sedia maklum, ekonomi Negara didominasi oleh bangsa Cina. Keadaan ini telah lama berlaku sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ianya turut digambarkan dalam buku Malay Dilema tulisan Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu yang memberi perincian mengenai perkara ini.
Jika kita menelusuri sejarah kenapa Cina bersetuju untuk bergabung dengan Parti Perikatan dahulu juga atas sebab ekonomi. Ianya adalah disebabkan kedudukan mereka di Tanah Melayu pada ketika itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan keadaan mereka di Negara China.
Oleh yang demikian, Persatuan – persatuan Cina di Tanah melayu bersetuju untuk bersatu dengan UMNO dibawah Parti MCA dalam mencapai Kemerdekaan Negara.
Cina Dalam Sejarah Tanah Melayu
Seperti yang digambarkan dalam buku Malay Dilema, bangsa Cina merupakan bangsa berdagang. Mereka mengembara sekeliling dunia untuk memperluaskan perniagaan mereka termasuk di Tanah Melayu.
Mereka juga menyedari hakikat bahawa Tanah Melayu pada ketika itu sedang pesat membangun. Akhirnya sesetengah dari mereka mengambil peluang untuk bermastautin secara terus di sini. Mereka membekalkan barang – barang yang tidak disediakan di Tanah Melayu pada ketika itu terutamanya barang runcit.
Ini adalah untuk memastikan ‘survival’ mereka dapat diteruskan jika mereka hendak terus menetap disini.
Selain itu, bangsa cina ini juga kebanyakannya dibawa masuk oleh pihak Inggeris untuk bekerja di kawasan – kawasan lombong. Mereka ditempat di dalam satu kawasan tertutup dan berjauhan dari masyarakat tempatan iaitu Melayu.
Ini menyebabkan hubungan Melayu dan Cina tidak berapa akrab. Kekurangan mereka berinteraksi secara sosial menjurus kepada keadaan ini sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.
Semangat Kongsi Dalam Masyarakat Cina
Hubungan sosial antara Melayu dan Cina bukanlah fokus utama kali ini. Tumpuan utama adalah untuk memahami bagaimana bangsa Cina boleh berjaya di Malaysia sehingga ke hari ini.
Menurut sejarah, pelombong – pelombong Cina yang dibawa masuk oleh Inggeris telah ditempatkan didalam satu kelompok atau koloni yang tertutup. Mereka hanya bergaul sesama mereka dan bekerja seharian juga sesama mereka sendiri.
Maka wujudlah apa yang kita ketahui hari ini sebagai Kongsi. Secara keseluruhannya, mereka berkongsi apa sahaja yang mereka perolehi seharian. Ini termasuk susah senang, makan minum, masalah harian, kesihatan dan cerita - cerita ditempat kerja.
Dominasi sesebuah kongsi ini sangat bergantung kepada keakraban sesama mereka. ‘Self Of Belonging’ sangat kuat diantara mereka. Maka wujudlah beberapa kumpulan kongsi yang kuat pada ketika itu. Dan diantara yang terkenal adalah Ghe Hin dan Hai San di Perak.
Keadaan ini masih berkekalan dalam masyarakat Cina terutamanya sehingga ke hari ini. Lihat sahaja dimana – mana mereka berada, pasti ada Persatuan yang akan mewakili mereka.
Bersambung...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.