Bagaimana Cina Berjaya Dalam Perniagaan?
Dengan kewujudan pelbagai kongsi dalam masyarakat Cina, mereka telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu Dewan Perniagaan untuk memperluaskan perniagaan mereka. Disebabkan dalam satu kongsi itu mungkin hanya terdapat beberapa keluarga sahaja yang mendapat keuntungan dari perniagaan.
Selebihnya melihat perniagaan ini mampu menambah – baikkan kedudukan mereka dimasa akan datang. Dengan wujudnya Dewan Perniagaan ini, kongsi masyarakat cina ini bertambah kukuh dengan bantuan kewangan yang bertambah hasil sumbangan dari setiap kongsi yang ada.
Melalui dewan inilah mereka mengumpul dana dan modal kewangan mereka. Dengan modal itulah mereka mula mengembangkan perniagaan sedia ada. Dan secara tidak lansung, mereka tidak bergantung harap kepada kerajaan untuk membiayai perniagaan mereka secara 100%.
Kaedah Mengembangkan Perniagaan.
Untuk kita memahami konsep perkongsian dalam masyarakat cina ini sangat mudah. Ia hanya memerlukan nilai – nilai persaudaraan yang tinggi, kecekalan, setiakawan dan kepercayaan yang penuh terhadap kongsi itu.
Persoalan bagaimana mereka memulakannya?
Dari sumber kewangan yang mereka perolehi melalui Dewan Perniagaan, mereka mula dengan membuka kedai runcit. Setiap keuntungan yang diperolehi oleh kedai tersebut akan dijaga oleh ahli-ahli Dewan selama beberapa tempoh yang tertentu.
Kemudian kedai tersebut akan diserahkan kepada keluarga tertentu yang akan menjaga perniagaan itu seterusnya. Keluarga tersebut juga harus membayar sejumlah wang komisyen kepada dewan sebagai ganti keuntungan yang mereka perolehi.
Dengan cara ini, Dewan Perniagaan tidak akan putus bekalan kewangan hasil daripada komisyen dan keuntugan kedai tersebut. Dengan wang itu juga mereka boleh membuka perniagaan lain selain dari kedai runcit. Sebagai contoh, kedai makan, kedai basikal, kedai jahit, kedai dobi dan sebagainya.
Jika ada diantara kedai-kedai tersebut yang sudah terlalu ramai pelanggan dan tidak mampu menampung keperluan semasa, Dewan akan mengambil keputusan untuk membuka satu lagi kedai.
Walaupun barang yang dijual oleh kedai tersebut adalah sama, tetapi mereka tetap mempunyai kaedah mereka sendiri untuk mengembangkan perniagaan kedai tersebut.
Kaedahnya mudah, kedai yang sedia ada akan menaikkan harga barang lebih tinggi dari kedai baru. Dan kedai baru itu juga akan memberi perkhidmatan tambahan kepada pelanggan. Secara tidak lansung, perhatian pelanggan akan diberikan kepada kedai baru.
Dalam waktu yang sama, kedai lama juga akan meniru apa yang ditawarkan oleh kedai baru. Secara kasarnya, kedua – dua kedai itu sedang bersaing untuk medapatkan perhatian pelanggan. Tetapi hakikat sebenarnya jarang kita ketahui.
Apabila kedua – dua kedai itu saling bersaing, akhirnya mereka akan kembali setaraf dari segi harga dan juga perkhidmatannya. Secara tidak disedari pelanggan, kedua – dua kedai itu sudah pun berkembang maju dan Dewan Perniagaan Cina juga sudah memiliki dua sumber pendapatannya.
Itulah yang dilakukan oleh masyrakat Cina dalam dunia perniagaan mereka di Malaysia sehingga ke hari ini. Kaedah ini juga turut diaplikasikan oleh mereka walau dimana sahaja mereka berada. Tidak hairanlah jika kita pergi keluar Negara, pasti ada kawasan perniagaan cina yang terkenal dengan nama Chinatown.
Moralnya, masyarakat Cina sangat teratur dalam menguruskan perniagaan mereka. Segala yang mereka lakukan adalah sangat terancang dan perancangan mereka boleh diaplikasikan dalam jangka panjang.
Sehingga ke hari ini, ekonomi Negara masih dikuasai oleh mereka.
Oleh sebab itulah orang – orang Melayu hari ini masih tidak mampu bersaing dengan masyarakat Cina. Kekurangan dalam perancangan, semangat setiakawan, kepercayaan kepada bangsa sendiri dan sifat saling bantu membantu sangat nipis dikalang orang – orang Melayu.
Fikir - Fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.