Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hasil temuramah RTM dengan Anwar Ibrahim semalam, beliau hari ini dicabar oleh Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim agar bersumpah.
DS Zahrain semalam menyatakan bahawa Ketua Penipu rakyat pernah memanggil beberapa pemimpin dikalangan PKR untuk mendedahkan bahawa Eli Wong turut memiliki Video selain gambarnya sahaja.
DS Zahrain mengatakan kes Eli Wong itu merupakan diantara beberapa Siri Penipuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim selama ini. Ia juga merupakan antara sebab - sebab kenapa ramai Ahli Parlimen serta Ahli PKR sendiri meninggalkan Anwar.
Bagi membuktikan siapa bercakap benar, maka Anwar dicabar untuk bersumpah demi maruah beliau sendiri yang sbelum ini tercalar kerana beliau enggan bersumpah dalam kes Liwatnya.
Bagi Semut, adalah lebih baik Ketua Pembohong si Anwar Ibrahim itu bersumpah demi menjaga maruah diri, keluarga dan kredibilitinya. Itu pun kalau beliau betul - betul berani dan berkata benar.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Kebenaran itu perlu di telan walaupun ianya pahit seperti hempedu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.