Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Patutlah berita ni dapat sambutan hangat di ruangan Facebook. Semut nak baca tulisannya, kecik sangat. Tambahan pulak gambarnya 'blur'.
Jadi Semut terus ke kedai membeli Surat Khabar lewat petang tadi. Rupa - rupanya kisah Usul ini pun boleh tahan jugak peliknya.
Perwakilan dari Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata bahawa usaha memerangi judi tidak sepatutnya terhad kepada aktiviti sukan sahaja tetapi ianya perlu secara menyeluruh. Menurut beliau, perkara ini perlu dilaksanakan diseluruh negara termasuk negeri - negeri dibawah PR.
Beliau meminta agar Usul asal Dewan Pemuda PAS Pusat yang hanya sekadar membantah Judi Sukan kepada segala jenis Judi telah ditolak oleh Timbalan Ketua DPPP.
Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abd. Rani tetap mahu usul asal yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini dikekalkan.
Dalam ertikata lain, Dewan Pemuda PAS Pusat akan membiarkan Judi - Judi lain seperti nombor ekor dan sebagainya tanpa sebarang bantahan. Tak gitu Sdr. Azman?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Tak lupa juga sabung ayam yang cukup 'fofular' di Kelantan. Tahniah DPPP!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.