Isnin, Jun 14, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Laporan Sinar Harian hari ini memberi tumpuan utama kepada Mukhtamar PAS ke 56.

Salah satu yang mendapat perhatian Semut ialah kenyataan Setiausaha Agung PAS Pusat, Mustafa Ali mengenai Isu TPM Bukan Melayu.

Beliau mendakwa isu tersebut sengaja disensasikan oleh media dengan tujuan melaga - lagakan Kepimpinan dalam Komponen Pakatan Reput.

Antara lain, beliau turut menyatakan bahawa tidak ada sebarang perbincangan antara DAP dan PKR mengenai isu tersebut.

Kelakar juga baca 'statement' Mustafa Ali ni. Beliau seolah - olah menyatakan bahawa perbincangan mengenai isu tersebut hanya DAP dan PKR sahaja yang terlibat. PAS dikecualikan ke?

Perwakilan dari Negeri Johor meminta Kepimpinan PAS Pusat supaya menjelaskan pendirian Parti terhadap cadangan Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ini, pucuk persoalan Semut. Yang mula umum mengenai perkara ini Anwar. Kemudian ianya didedahkan oleh Media. Dalam ertikata lain, Anwar Ibrahim yang mula mensensasikan isu ini di Media. Kalau tidak, macam mana media boleh tahu?

Tapi, tak berani pulak Mustafa Ali menyalahkan Anwar dalam hal ini ye. Mustafa Ali juga gagal menjawab soalan yang ditanya oleh perwakilan Johor tersebut.

Apa pendirian PAS mengenai Isu ini? Adakah mereka setuju atau tidak jika ianya benar - benar berlaku nanti?

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Bro, puak-puak ini sudah merasakan mereka sudah berada dalam kerajaan di langit seperti yang diwar-warkan oleh 'Ayah Pin'..... apa nak heran..lihat sajalah bagaimana Nik Aziz sekarang sudah macam Mahatma Gandhi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping