"...Aku Pistol Pun Tak Pernah Pegang...Dah Jadi Militan..? Bodoh..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tindakan membabi buta dan 'sembrono' seorang bekas Duta Amerika ke Malaysia baru - baru ini umpama 'Orang Buta Yang Berjalan Dalam Gelap'.
Semuanya gara - gara mahu menyokong Anwar Ibrahim dalam Kes Tunda Liwatnya yang entah bila akan berakhir di mahkamah itu.
John R. Marlott dilaporkan telah membuat satu artikel dalam majalah The Wall Street Journal berkenaan isu kes Anwar Ibrahim Al - Juburi itu semalam.
Tindakan Marlott itu telah mendapat respon serta tindakbalas dari Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang menyifatkan kenyataan Marlott itu sebagai bodoh dan hanya memalukan negaranya (AS).
Marlott mendakwa Anwar akan disabitkan bersalah oleh hakim yang mengadili kes tersebut (walaupun kita di Malaysia pun masih tertanya - tanya bila kes tersebut akan berakhir) buat kali kedua kerana negara ini tidak menggunakan konsep juri dalam sistem perundangannya. Dalam ertikata lainnya, Marlott sendiri tidak tahu bahawa sebelum ini Anwar hanya disabitkan dengan kesalahan rasuah, bukan kes liwat.
''Sebuah kumpulan militan baru dipanggil Perkasa pula kini mendakwa hak-hak Melayu digugat oleh kaum Cina serta India dan ia (Perkasa) juga mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad serta pihak pemerintah," tulisnya.
Demikian yang dilaporkan oleh Alternative News Network, ANN.
Jelas menyatakan bahawa bekas Duta Amerika itu tidak tahu-menahu lansung kisah sebenar didalam negara ini dan hanya membuat andaian sendiri semata - mata. Beliau mungkin hanya mengikuti perkembangan negara melalui media - media internet, mendengar cerita dari rakan dan melalui kaca televisyen sahaja tanpa pernah melihatnya dengan mata kasar.
Mana tidaknya. PERKASA dilabelkan sebagai militan. Sah la beliau hanya membuat andaian. Dan jelas juga menyatakan bahawa si Ketua Penipu itu mempunyai hubung kait yang rapat dengan Amerika yang juga merupakan sekutu kuat Yahudi serta Rejim Zionist itu.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.