Khamis, Julai 22, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pertikaian sama ada bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya nampak gayanya masih belum mempunyai jalan penyelesaian.

Terbaru, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini mengelirukan rakyat. Beliau berkata laporan kajian Sumber Air Negara 2000 - 2050 mengunjurkan bahawa kawasan Lembah Klang terutamanya akan mengalami defisit kekurangan air menjelang 2014.

Laporan tersebut juga menjelaskan peningkatan terhadap penggunaan bekalan air terawat di kawasan tersebut meningkat diantara 2 hingga 3.5 peratus setahun. Untuk itu, projek penyaluran air mentah Pahang - Selangor perlu dilaksanakan segera bagi memenuhi keperluan pengguna dimasa akan datang.

Berdasarkan laporan itu juga, peningkatan permintaan bekalan air seluruh negara terutamanya dikawasan kritikal tetap dipantau oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Dalam isu yang sama, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim turut mencadangkan agar satu Suruhanjaya dapat ditubuhkan agar kajian terperinci berkenaan pengunaan air di Selangor dapat dijalankan.

"...Kita akan melakukan tender terbuka untuk melaksanakan kerja - kerja kajian semula penggunaan air itu..." kata beliau selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Apa jadahnya nak buat Suruhanjaya lagi, Khalid oi? Apa gunanya SPAN tu? bukan Suruhanjaya jugak ke? Nak buat tender terbuka jugak ke?

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping