Jumaat, Julai 30, 2010


"...Look Dad. All Ours. Hehehehehe..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Utusan Malaysia yang bertajuk "Cerita Guan Eng".

Beliau memaparkan beberapa aspek dan kelemahan dalam pemerintahan Ultra Kiasu yang bergelar Ketua Menteri itu. Selain sikap rasis serta cauvinis Lim Guan Eng terhadap kaum lain, beliau juga tebal dengan sikap erogan dan sombong serta suka berdolak dalih. Perbuatan beliau juga lain dari apa yang disebut.

Beliau hanya diangkat menjadi Ketua Menteri semata - mata beliau adalah anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang Ikan. Bukan kerana kredibiliti beliau, pengalaman beliau mahupun sumbangan beliau terhadap masyarakat. Itu sudah cukup untuk memberikan gambaran jelas bahawa pembangkang turut mengamalkan dasar kronisme dalam parti mereka.

Ternyata, sokongan orang Melayu dan India Pulau Pinang kepada beliau dalam Pilihanraya yang lalu disia - siakan. Beliau seolah - olah mengkhianati mandat yang diberikan oleh golongan ini apabila Kampung Buah Pala dijadikan sasaran dan gerai - gerai Melayu banyak dirobohkan.

Selain itu, dasar keterbukaan serta demokrasi yang dijanjikan oleh beliau selama ini juga turut diperkotak - katikkan dengan sewenang - wenangnya. Sekatan terhadap media terutamanya amat jelas dilaksanakan oleh beliau terutama keatas akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Beliau juga turut melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar Jahat semata - mata kerana tidak membawa aspirasi DAP.

Perkara ini jelas dan nyata serta boleh diperhatikan dengan lebih teliti. Tinggal lagi sejauh manakah masyarakat mengukur keikhlasan dan ketelusan si Khalifah DAP ini dalam mentadbir sebuah Negeri?

Adakah tindak tanduk beliau yang memaki hamun seorang penjawat awam dengan pelbagai tuduhan serta dakwaan merupakan tindak tanduk seorang pemimpin yang wajar dihormati mahupun disegani rakyat?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Dialog dari filem "3 Abdul": Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping