Khamis, Julai 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Baru sangat rasanya Semut tulis pasal isu air di Selangor ni. Dah ada cerita baru pulak.

Sebelum ini Syarikat Bekalan Air Selangor dikatakan mahu mengambil tindakan undang - undang terhadap Kerajaan Negeri kerana melambat - lambatkan Penyelarasan takrif air. Pampasan yang di yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada Syarikat tersebut dikatakan hampir menjangkau RM1billion!!! Baca kat sini.

Maka, Pejabat Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu tersebut. Kenyataan tersebut menegaskan bahawa kerajaan Selangor tidak akan berganjak dari keputusannya untuk menaikkan tarif air yang dikemukan oleh Syabas.

Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri juga mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana telah melanggar syarat perjanjian serta menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan dari pihak kerajaan negeri terlebih dahulu. Baca seterusnya disini.

Yang Semut hairan, bila masa pulak Syabas naikkan tarif air? Syabas tuntut Penyelarasan Tarif Air dipercepatkan. Setakat ini Kerajaan Negeri masih menangguhkan penyelarasan tersebut hingga menyebabkan Syabas terpaksa membayar bil operasi yang lebih dan menyusahkan syarikat.

Sepatutnya kerajaan negeri keluarkan keputusan, buat surat memaklumkan Syabas bahawa kerajaan negeri tidak bersetuju menaikkan tarif air. Yang kerajaan negeri pergi melambat - lambatkan keputusan tu buat apa?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Nak kata bongok kang marah. Bodoh betul.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping