Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Persoalan dari blog The Unspinner hari ini ada benarnya.
Mana tidak. jika difikirkan secara logik, ada kemungkinan besar ianya merupakan satu gerakan yang hampir berjaya.
Logik akal manusia yang kenal dengan taktik si Ketua Penipu Rakyat ini dapat menghidu apa saja 'manuver' yang cuba dilakukan beliau.
Cuba renungkan. Bagaimana dengan secara tiba - tiba pelbagai isu mula timbul di Selangor. Selama ini senyap sunyi, malah sewaktu PRK Hulu Selangor dahulu pun tidak sekecoh ini.
Dengan secara tiba - tiba, kepimpinan PKR Negeri berubah. Azmin Ali kecoh dikompang bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baru dan menuduh MB sedia ada hari ini tidak menjalankan tugasnya dengan baik.
Tiba - tiba juga, timbul kes Isu Pasir di Selangor yang turut menjadi bahan 'jarahan' Khalid Gagap. Habis satu Malaysia mempertikaikan kes tersebut. Itu belum masuk cerita pasal bekalan air bersih dan isu Cukai Pintu lagi. Pun kita boleh simpulkan bahawa ianya hasil pendedahan mereka (PKR) sendiri semata - mata untuk menjatuhkan kredibiliti si Khalid Gagap.
Hakikatnya, segala - gala ini berlaku tatkala Anwar Ibrahim menjalankan lawatan beliau ke Washington. Dilaporkan bahawa Anwar Ibrahim sedang mengadakan 'Apology Tour' bagi memberi penjelasan kepada sekutu kuatnya itu mengenai pendirian beliau terhadap Zionis.
Jadi jangan kita alpa mahupun terpedaya seketika dengan wayang si Ketua Penipu Rakyat ini walaupun sedetik kerana pasti ada gerakan baru yang akan dilaksanakan beliau.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Lirik lagu Salleh Yaakub, Lubang digali untuk menutup lubang. Gali, gali, gali lubang...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.