Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam isu perpaduan Melayu yang sedang hangat dijadikan bahan bualan rakyat Malaysia pada hari ini turut menimbulkan pelbagai pendapat.
Perpaduan yang diutarakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini telah menarik perhatian beberapa tokoh - tokoh pemimpin dari kedua - dua parti serta NGO's didalam negara termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harunsani. Beliau menyatakan kesudian untuk menjadi orang tengah jika kedua - dua pihak benar - benar komited terhadap perkara tersebut.
Paparan Sinar Harian hari ini juga telah menunjukkan pendapat dan pandangan beberapa tokoh pemimpin di peringkar akar umbi sekitar kawasan Selangor.
Namun, soal perpaduan ini hanya PAS serta barisan kepimpinannya sahaja yang menolak dengan pelbagai jenis alasan. Tidak ketinggalan dakwaan Naib Presidennya, Salahudin Ayub yang sebelum ini menuduh Tan Sri Harunsani membuat fitnah.
Beliau berkata demikian berikutan dakwaan Mufti Perak itu yang telah dikunjungi oleh beberapa orang tokoh dari PAS dan UMNO berhubung isu perpaduan.
Hari ini, Tan Sri Harunsani telah menyangkal dakwaan Naib Presiden PAS Pusat itu dengan menyatakan bahawa pemimpin PAS yang datang berjumpa beliau bukan atas dasar parti tersebut. Sebaliknya mereka yang datang untuk bertanya pendapat dan cadangan beliau terhadap isu perpaduan agar ianya menjadi kenyataan.
Mungkin Salahuddin Ayub ingat Tan Sri Harunsani tu tak reti bercakap juga macam orang lain agaknya. Tak pasal - pasal je kena sangkal dakwaan tersebut. Kan dah Songeh.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.