Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Satu perkara pelik jika ianya benar - benar berlaku. Tetapi ada baiknya juga. Dalam ertikata lainnya ada Pro dan Kontranya dalam kes ini.
Jaringan Melayu Malaysia hari ini mendakwa bahawa Malaysian Insider, sebuah portal pembangkang telah mendapat pembiayaan daripada kontrak yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
YDP JMM, Azwandin Hamzah mendakwa operasi portal tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Efficient E-Solution Berhad yang juga mempunyai kepentingan sebanyak 20 peratus dalam VPI International Sdn. Bhd.
Syarikat tersebut dikatakan telah mendapat kontrak pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data dari LHDN. Jumlah kontrak tersebut dikatakan adalah diantara RM 200ribu ke RM 500ribu. Diantara nama - nama yang turut terlibat adalah Datuk Kalimullah, Shaik Aqmal Alauddin dan Sreedhar Subramaniam.
Demikan laporan dalam Utusan Malaysia Online hari ini. Klik sini untuk berita selanjutnya.
Duit halal, buat kerja haram. Apa nak jadi dengan puak - puak Penipu Rakyat ni? Apa yang baiknya dari laporan tersebut?
Maknanya, Kerajaan tidak memilih dalam memberikan kontrak walaupun kepada orang atau portal yang kerap menjaja fitnah terhadap pemimpin - pemimpinnya. Tak adil lagi kerajaan?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sama la dengan CEO Proton tu kan. Sah dia orang PAS, tapi Kerajaan bagi juga kepercayaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.