...Signifikasi...Air Selangor Jadi Besi...???
Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.
Kemelut isu air di Selangor bakal memuncak lagi ekoran tindakan undang - undang yang akan diambil oleh Syabas terhadap Kerajaan Negeri tersebut.
Sebelum ini, Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim mengarahkan agar pihak Syabas dapat memberikan 20liter padu air yang pertama secara percuma kepada rakyat Selangor bagi merealisasikan janji Kerajaan PKR dalam PRU yang lalu.
Walaubagaimana pun, Ketua Pegawai Operasi Syabas menyatakan pihak mereka sedang dalam proses mengambil tindakan undang - undang terhadap kerajaan negeri kerana melambat - lambatkan pelarasan tarif air.
Datuk Lee Miang Koi berkata sehingga kini, pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada Syabas hampir mencecah RM 1billion.
Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya telah menghantar tuntutan tersebut namun sehingga sekarang masih belum ada sebarang maklum balas. Syabas dikatakan terpaksa membayar sebahagian bil kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian bil tersebut dibayar secara sama rata.
"...Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula..."
Lee juga berkata, tindakan kerajaan negeri melambat - lambatkan pembayaran pampasan adalah untuk mengambil alih Syarikat terbabit dengan harga yang murah.
16 NGO hari ini yang bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor berkenaan isu yang sama turut mendapat perhatian. Memorandum itu antara lainnya menggesa pihak kerajaan negeri agar berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan projek air Langat 2. Penangguhan projek itu akan mengakibatkan penduduk disekitar Lembah Klang menghadapi krisis air dimasa depan.
Lagi nak suruh Syabas bagi air percuma kepada rakyat. Hutang pun tak berbayar. Berdolak dalih je banyaknya.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.