...The Next Victim???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Talian hayat Menteri Besar Selangor yang gagap ini nampaknya semakin hampir ke garisan penamat kerana kebanyakan sekutunya berpaling tadah. Maka, dakwaan segelintir bekas pemimpin PKR yang turut menerima nasib yang sama juga hampir benar.
Terbaru, kredibiliti Khalid Ibrahim masih menjadi persoalan dikalangan pemimpin - pemimpin PKR sewaktu menjalani pemukiman parti tersebut di Port Dickson baru - baru ini. Ia memberikan gambaran bahawa usaha menggulingkan Khalid dari kerusi Menteri Besar masih berterusan.
Rungutan dan rasa tidak puas hati dikalangan mereka terutamanya oleh seorang Ahli Parlimen yang diketahui tidak sehaluan dengan Khalid dilihat semakin buruk.
Antara lain yang dipertikaikan ialah mengenai rombakan Exco Kerajaan Negeri yang masih belum dilaksanakan sedangkan negeri - negeri PR yang lain sudah lama melaksanakannya.
Khabar angin juga mengatakan kebanyakkan ADUN Selangor sudah mula berubah angin dan menyebelahi Pengerusi Pimpinan PKR Negeri yang juga Timbalan Presiden PKR Pusat, Azmin Ali. Khabar angin juga turut menyatakan bahawa perubahan itu berlaku akibat tekanan dari SPRM yang dijalankan ke atas wakil - wakil rakyat tersebut.
Itulah senarionya dalam barisan kepimpinan Parti Kelentong Rakyat (PKR) Selangor. Malahia juga turut berlaku di seluruh negara dan ianya telah pun diakui.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Nak suruh orang jaga amanah, bekerja dengan baik macam mana kalau diri sendiri pun dikritik oleh sekutu rapat Khalid oi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.