Isnin, Julai 26, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pelik tapi benar. Tindakan Ketua Pemuda UMNO hari ini sangat - sangat mencurigakan. Apa motif sebenar beliau bila menggesa Khalid Samad mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor agar meletakkan jawatan hari ini?

Beliau yang mengulas tuduhan Khalid Samad sebelum ini yang menyifatkan mana - mana pemimpin PAS yang terlibat dalam pertemuan dengan Harunsani sebagai tidak memahami perjuangan PAS dan melanggar keputusan parti.

Khalid Samad juga turut menyatakan meskipun PAS dan UMNO datang dari bangsa yang sama, tetapi perjuangan mereka tidak serupa.

Terdahulu, Dr. Hassan Ali memaklumkan kepada media bahawa beliau memang ada berjumpa dengan Mufti Perak itu tetapi bukan atas dasar Perpaduan UMNO - PAS.

Yang peliknya, untuk apa KPU mengeluarkan desakan sedemikian? Apa motifnya? Hanya untuk melaga - lagakan pemimpin PAS semata - mata?

Sepatutnya, KPU memuji tindakan Hassan Ali sekiranya benar beliau mahukan Perpaduan Ummah ini direalisasikan. Beliau sepatutnya mempersoalkan pendirian Nasarudin dan Salahudin Ayub yang sebelum ini berdegar - degar mahukan Perpaduan Ummah, tetapi bertukar fikiran kerana desakan pemimpin PAS Pusat.

Memetik kata - kata Manjeet Singh dalam cubaan Anwar memujuk semula Nallakaruppan untuk menyertai PKR:

“...Saya cuba menghubungkan dua kawan yang bergaduh ketika itu untuk berbaik semula... Jika dua kawan bergaduh, adakah salah untuk cuba merapatkan mereka semula..?”


Jadi, apa salahnya Hassan Ali yang juga mahukan UMNO dan PAS kembali bersatu?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Yang baik kita puji, Yang buruk kita keji. Jangan la yang baik itu kita buruk - burukkan lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping