Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam siaran Berita Nasional TV1 malam tadi dipaparkan kisah mengenai satu lagi kekejaman Ketua Menteri Pulau Pinang. Selepas Kampong Buah Pala, Kampung Pokok Asam pula menjadi mangsa Lim Guan Eng.
Berita mengenai isu ini boleh baca kat sini. Klik Sini.
Tampil ADUN dari Pulau Pinang dengan memberikan kenyataan bahawa beliau akan berusaha mendapatkan pampasan yang setimpal, sekurang - kurangnya sama seperti yang diperolehi oleh penduduk Kampong Buah Pala.
"...kami akan berusaha mendapatkan pampasan seperti di Kampong Buah Pala...sekurang - kurangnya rumah teres dua tingkat..." Demikian yang diluahkan oleh Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.
Sebelum ini, penduduk Kampong Pokok Asam telah diberi notis untuk mengosongkan rumah masing - masing dalam tempoh 3 bulan.
Maka, seluruh penduduk Pulau Pinang dan Malaysia terutamanya akan melihat keajaiban yang bakal dilakukan oleh Lim Guan Eng atau lebih dikenali dikalangan orang PAS sebagai Khalifah DAP itu.
Mana tidaknya, dalam tempoh 3 Bulan, Lim Guan Eng mampu menyiapkan rumah teres dua tingkat bagi penempatan semula penduduk Kampong Pokok Asam ini.
Kalau tidak, mana pulak orang kampong tu nak duduk atau tinggal nanti? Atas pokok?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Buah sudah, Pokok pun sudah. Lepas ni, Akar pulak kot yang Lim Guan Eng nak naya.
Inilah ala kerajaan kebajikan DAP-PKR-PAS......di Kelantan, balak habis dikikis, tuntut pulak royalti minyak.... di Selangor pasir-pasir dikorek dengan rakus kerana balak sudah tiada... di Penang kampung2 Melayu diroboh untuk dijual tanah demi mengaut kekayaan..... sampai bila Melayu-Melayu dalam PAS-PKR mahu menutup mata segala kepincangan dan kerakusan puak-puak ini...
BalasPadamKampung pokok Asam telah di diami sejak 200 tahun yg lalu, ketika itu Atok Lim Guan Eng pun belum di lahirkan di Zhang Zhou, Fujian China.
BalasPadamBilamana Umat Islam tidak bersatu, dan tuntutan bahwa Islam itu bersaudara sudah tidak di endah, inilah jadinya.
PKR, PAS berjuang utk Melayu/Islam? Mana tempat penduduk kg asam nak bersolat lepas ni? HAriraya dah dekat, apa yg PAs dan PKR sediakan utk penduduk Kg Asam?
PAS dan PKR gagal besar-besaran dalam mempertahankan umat Islam di Malaysia!!