Jumaat, Julai 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Khutbah Jumaat hari ini berkisar tentang persoalan kenapa Islam semakin dibenci? Perkara ini telah wujud sejak awal dakwah yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah S.A.W lagi.

Tatkala itu, Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam dalam Kota Mekah dicaci dan dikeji oleh puak kafir Quraisy. Malah mereka juga diseksa serta di aniaya oleh golongan - golongan kafir ini.

Puak kafir Quraisy turut menyebarkan pelbagai bentuk dan jenis fitnah kepada Nabi Muhammad dan pengikut - pengikutnya kepada sesiapa sahaja yang datang berdagang dan melawat Kota Mekah pada ketika itu.

Hal ini masih berlarutan sehingga ke hari ini. Malah dakyah - dakyah kebencian terhadap Islam dan umatnya masih berterusan serta dilihat semakin berleluasa.

Kita lihat Palastine dimana mereka ditindas dengan kejam oleh rejim Zionis Israel. Hampir setiap hari, ada sahaja umat Islam yang meninggal dunia akibat kezaliman rejim tersebut.

Negara - negara eropah lain juga tidak ketinggalan dalam penyebaran dakyah kebencian ini. Lihat sahaja apa yang pernah berlaku dan sedang berlaku disana. Sebagai contoh, kerajaan Perancis pernah mencadangkan agar penggunaan burqa atau purdah diharamkan dan perkara ini telah diluluskan oleh Kerajaan mereka.

Penindasan umat Isalm masih berterusan dan apa yang mampu kita buat? Hanya pandang dan lihat sahaja. Sekali - sekala baru kita dengar suara - suara desakan dan kecaman terhadap penindasan Hak Asasi Manusia ini daripada terus berlaku.

Atas dasar itulah sepatutnya Umat Islam di Malaysia ini bersatu padu diantara satu dengan yang lain. Pertikaian berdasarkan kepartian wajar ditolak ketepi dan rundingan kearah Perpaduan Ummah perlu direalisasikan.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. MALANG ORANG ISLAM.HARTA TIADA ,ILMU TIADA HANYA MENGHARAP,BERDOA PADA ALLAH,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping