Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ekoran dari kisah dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) wujudnya pemberian tender Kerajaan bagi membiayai sebuah portal pro pembangkang (Klik Sini), Datuk Seri Kalimullah sekali lagi digesa untuk memberikan penjelasan.
Yang DiPertua JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa berlakunya pertemuan sulit diantara Kalimullah dengan Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang (Ikan) pada november tahun lalu. Beliau meminta agar Kalimullah menjelaskan motif pertemuan itu diadakan.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. Azwanddin turut menyatakan bahawa Kalimullah telah menggunakan kedudukan dan kekayaan yang dimilikinya untuk menjadi pengatur kepada agenda yang dilihat mampu menggugat keselamatan dan keharmonian serta perpaduan rakyat di Negara ini.
Demikian yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Blog Haouse PK juga turut menyiarkan posting berkaitan dengan Kalimullah serta hubungannya dengan Anwar Ibrahim. Klik Sini.
Apa motifnya untuk berjumpa dengan Lim Kit Siang ni ye?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.