Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Laporan dalam Harakah menyatakan bahawa kebimbangan Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia terhadap kuasa politik Melayu hanya sekadar Retorik semata - mata.
TPM dituduh sebagai sengaja menakut - nakutkan Melayu sekiranya pembangkang mengambil alih pemerintahan Negara nanti.
PAS yang dikatakan yakin bahawa pendekatan mereka dalam barisan pembangkang yang berteraskan keadilan serta pembelaan untuk semua kaum serta hak orang Melayu akan terus terpelihara mengikut perlembagaan.
Mungkin PAS perlu membaca semula sejarah DAP yang sebelum ini dengan lantang mahu perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan sama sekali. Adakah ini buktinya bahawa PAS berjuang berlandaskan perlembagaan dan menjamin hak orang Melayu terus terpelihara?
Mereka mendakwa bahawa keadaan yang berlaku di Perak sebelum ini adalah keadilan untuk semua kaum termasuk bukan Melayu dengan memberikan Geran Tanah.
Adakah mereka benar - benar dapat menjaminkan bahawa penduduk di kawasan tersebut merupakan Warganegara Malaysia yang sah?
Adakah mereka pernah bertanya mengenai persoalan ini sebelum meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada penduduk dikawasan tersebut?
Jika benar PAS dan sekutunya dalam pembangkang memperjuangkan Keadilan, mengapa tidak diberikan geran tanah selama tempoh itu juga kepada Melayu? Dan kenapa perkara itu hanya berlaku di Perak tetapi tidak di Kedah dan Kelantan serta di Selangor?
Kalau betul - betul adil, laksanakan lah di keseluruhan Negeri - Negeri dibawah kuasa pembangkang.
Penjelasannya mudah. Sebab di Perak kerusi DAP melebihi PAS dan PKR. Kerana apa di Kelantan, Kedah dan Selangor tidak berlaku sedemikian sebab kerusi DAP kurang.
Jadi, tidak salah sekiranya TPM menyatakan kerisauan bahawa Melayu akan hilang kuasa Politik sebab sudah pasti Kerusi DAP akan melebihi sekutu - sekutunya yang lain.
Hakikatnya seperti hari ini. Cuba tengok perbezaan Kerusi Parlimen DAP, PKR dan PAS. Sapa lebih?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Inilah masalah bila bercakap dengan orang yang 'fikir' dia dah pandai. Hah, pandai la sangat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.