Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mengulas mengenai sikap keterbukaan UMNO untuk berunding dengan PAS bagi menwujudkan Perpaduan, sudah ada pihak - pihak Endrogan yang menolak cadangan tersebut.
Belum bersidang pun, sudah timbul pelbagai perkara yang diungkit dan ditimbulkan oleh mereka sama ada UMNO mahupun dari PAS sendiri.
Seperti yang pernah Semut katakan dahulu, hanya golongan KAFIR sahaja yang akan meletakkan syarat untuk mewujudkan Perpaduan Ummahseperti yang pernah berlaku dalam Sirah Rasulullah S.A.W dahulu.
Antara perkara yang dibangkitkan ialah dengan menuduh UMNO lemah maka mereka perlukan sokongan PAS.
Malah, PAS juga tidak kurang hebatnya juga. PAS hari ini dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan Melayu kepada mereka setelah pelbagai spekulasi yang tidak dapat dijawab oleh Pemimpin - Pemimpinnya.
Tidak kurang juga, wujud beberapa pihak yang sangat - sangat mahukan Perpaduan Ummah ini menjadi kenyataan. Mungkin kerana mereka sudah jelak melihat Melayu berbalah sama sendiri.
Atau mungkin juga pemahaman yang lemah mengenai erti kata Perpaduan itu sendiri dikalangan orang politik hari ini menjadi persoalan utamanya.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Mungkin dalam keadaan terdesak seperti sebelum Merdeka baru timbul kesedaran kot.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.