Jumaat, Julai 30, 2010




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Buat malu muka je si Nizar Jamaluddin ni. Angin takde, ribut takde, tak pasal - pasal je songeh. Malah cubaan beliau untuk menipu pengikut - pengikut PAS di Terengganu akhirnya memakan diri.

Nizar terlebih dahulu telah dijemput untuk merasmikan satu Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu. Maklum lah, beliau sudah dianggap 'Pejuang Besar' kerana berani menderhaka kepada Raja. Maka dengan berbesar hatinya lah si Nizar pergi memberikan ucapan perasmian dalam mesyuarat tersebut.

Dalam sesi ucapan beliau turut menyentuh mengenai usul Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan dengan niat kononnya nak mengapi - apikan pengikut PAS disana agar tidak terpengaruh dengan usul tersebut. Beliau turut menokok tambah ucapan tersebut dengan mengatakan bahawa usul tersebut adalah cadangan yang diberikan oleh APCO kepada Kerajaan Persekutuan.

Mungkin beliau ingin menggambarkan bahawa APCO yang berpaksikan Yahudi (kononnya) menjadi dalang kepada usul Timbalan Presiden UMNO sebelum ini. Kerana rasa kurang sedap dikalangan ahli yang hadir dalam mesyuarat tersebut, maka segelintir dari mereka mengeluarkan surat seperti diatas.

Hah! Kan dah songeh. Si Pengkhianat Nizar ni dah lupa yang Kerajaan Perpaduan itu asalnya cadangan Presiden PAS, Haji Hadi Awang sendiri. Dan jika mengikut apa yang dikatakan oleh Hadi Awang, cadangan Kerajaan Perpaduan itu hanya diusulkan kepada Tun Abdullah Badawi sebelum Datuk Seri Mohamad Najib menjadi Presiden lagi. Manakala isu APCO baru dibangkitkan pada tahun 2009.

Nak menipu pun biar lah betul Nizar. Sekurang - kurangnya cari la fakta yang jelas. Jangan main bom suka - suka hati. Kan dah malu muka sendiri.

Fikir - fikirkan lah.

Sumber dari The Unspinner.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping