Jumaat, Julai 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Nampak gayanya, Penipuan kepada rakyat masih lagi berterusan. Pemimpin - pemimpin pembangkang dari puak Penipu Rakyat (PR) masih lagi tak jemu menjual fitnah merata - rata.

Belum reda lagi isu fitnah mereka terhadap Felda yang dikatakan bangkrap sebelum ini. Mereka sudah mula dengan sandiwara lain pula. Kalau dalam Suara Keadilan, kaedah putar belit mereka ialah dengan menyalahkan pengurusan Felda yang kacau bilau. Itu pun tuduhan melulu tanpa sebarang bukti yang sah. Tunggu perkembangan terkini mengenai saman Felda terhadap akhbar tersebut nanti ye.

Terbaru, Felcra pula dijadikan sasaran oleh puak - puak penipu ini. Tetapi sebelum meraka sempat buka langkah, Felcra terlebih dahulu memberikan amaran.

Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Felcra tidak akan teragak - agak mengambil sebarang tindakan terhadap mana - mana pemimpin yang menyebarkan fitnah atau memanipulasikan fakta mengenai Felcra Berhad.

Beliau berkata demikian kerana parti pembangkang telah mula menganjurkan pelbagai sesi ceramah dengan menimbulkan isu remeh temeh dan memperlekehkan Felcra dengan tujuan menghasut rakyat supaya benci kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Menurut beliau lagi, Felcra tidak pernah mengabaikan pembangunan negeri termasuk yang dikuasai oleh pembangkang seperti di Kelantan. Diatas permintaan Menteri Besar Kelantan, Felcra telah memberikan tanah yang ditanam dengan kelapa sawit seluas 4,046 hektar yang bernilai hampir RM 300juta!!!

Harap - harap janganlah ada peserta Felcra yang mudah terpengaruh dengan dakyah Penipu Rakyat ni nanti. Apa pula komen atau putar belit si Penipu Rakyat dan si Tikus ANAK tu lepas ni ye?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping