Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Terlebih dahulu, Semut ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Dato' Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak ke 57 tahun. Semoga YAB Dato' Seri sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan diberikan hidayah serta petunjuk dari Yang Maha Esa. Insya Allah.
Sejak bergelar Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri telah banyak menabur bakti dan berusaha mengekalkan kestabilan serta keamanan Negara. Tidak kurang juga usaha beliau yang masih mahu melihat perubahan - perubahan baru berlaku di dalam negara ini.
Namun, sayangnya. Hanya beliau seorang sahaja yang gigih berusaha ke arah perubahan ini. Kurang bilangan pemimpin lain yang mahu bersama - sama berkongsi serta berusaha untuk mengubah diri masing - masing.
Tidak terkecuali mereka yang berada dalam barisan kepimpinan UMNO hari ini. Bukan sahaja di peringkat Pusat tetapi turut melibatkan pemimpin - pemimpin di peringkat Bahagian.
Mungkin pemahaman mereka terhadap perubahan yang ingin dicapai oleh YAB Perdana Menteri tidak 'sampai' kepada mereka. Mereka masih kekal seperti dahulu dan tidak berubah. Mungkin mereka tidak faham maksud perubahan serta apa yang dikatakan sebagai perubahan ini.
Selain mereka masih enggan turun padang, mereka juga masih ego dengan nama serta pangkat yang mereka miliki. Kata mudahnya, kebanyakkan mereka masih mementingkan diri sendiri semata - mata.
Satu senario dimana seperti kebiasaan mereka dapat projek, sebagai contoh. Jika mereka benar - benar mahu berubah, meraka akan mengagih - agihkan kerja - kerja serta projek yang dimiliki itu bersama dengan orang - orang bawahan.
Tetapi sayangnya, bukan itu yang mereka lakukan. Sebaliknya, mereka masih melaksanakan projek - projek itu secara bersendirian atau bersama - sama dengan kumpulan mereka sahaja.
Secara dasarnya, mereka masih tidak berubah. Bila mereka nak sedar bahawa tindakan mereka itulah yang menjauhkan rakyat terutamanya golongan muda yang baru mula hendak bertapak mencari rezeki ini? Kerana marah dan benci kepada golongan pemimpin yang sedemikianlah, golongan muda hari ini semakin hari semakin menjauhi UMNO dan juga mula membenci apa sahaja yang ada kaitan dengannya.
Fikir - fikirkan lah.
Salam.Memang pemimpin UMNO bangsat hingga ke usus dah tak akan boleh diwangikan lagi.Jika hati mereka dibasuh dengan 7 sungai dari surga pun tidak akan dapat membersihkan kekotoran hati pemimpin UMNO yang bangsat itu.
BalasPadamBukan semua...
BalasPadam