"...Rest Assure, My Friend...I Got It Covered..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam laporan semalam, Washington Times melabelkan Anwar Ibrahim sudah hilang popularitinya dikalangan masyarakat Amerika. Ianya gara - gara kecaman Anwar terhadap Israel serta melibatkan Amerika dengan menggunakan elemen - elemen klasik anti semitik dan anti Yahudi.
Maka, Ketua Penerangan PKR hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa ianya memang sudah dijangka. Lateefa Koya hari ini menyatakan ianya kerana pendirian yang dibawa Anwar Ibrahim, kononnya membawa impak serta kesan terhadap rejim Zionis itu.
Menurut beliau lagi, keadaan demikian memang diduga akan berlaku sejak Anwar mendedahkan hubungan APCO dengan Kerajaan Malaysia. Tetapi beliau mengharapkan pandangan itu datang dari gerakan yang terancang bukan dari individu.
Jelas, Lateefa Koya hanya mahu memutar belitkan kenyataan dan hasil tulisan Joshua Trevino itu untuk mengelirukan rakyat. Beliau ingin menggambarkan si Ketua Penipu itu adalah orang yang bertanggungjawab mengecam tindakan Isreal terhadap serangan mereka ke atas kapal Flotila di negara ini.
Namun, beliau masih gagal untuk mejelaskan hubungan Anwar Ibrahim dengan sebuah organisasi Foundation For The Future yang anggotanya terdiri dari kalangan Yahudi serta Rejim Zionist itu sendiri. Organisasi tersebut dikatakan mempunyai hubungkait yang rapat dengan aktiviti - aktiviti Rejim tersebut di Sempadan Gaza terutamanya.
Jadi, Bagaimana? Bila pula Ketua Penerangan Parti Kelentong Rakyat (PKR) dapat menjelaskan mengenai perkara ini?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Kalau dah masyarakat luar pun tak terima dia, kita ni macam mana pula?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.