Jumaat, Julai 23, 2010

"...Hail To The New King!!!..."

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.

Mungkin Zaid Ibrahim tidak pernah dengar pepatah Melayu, cakap siang pandang - pandang dan cakap malam dengar - dengar.

Maka secara tidak sengajanya, beliau mengakui sendiri Anwar akan disabitkan dengan kesalahan dalam kes liwat beliau. Walaupun beliau menyatakan mungkin, tetapi pelbagai spekulasi boleh timbul dari kenyataan beliau itu.

Zaid yang dilaporkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa beliau percaya, peguam - peguam Anwar akan mencari kaedah untuk menafikan bukti - bukti yang ada dan mereka akan gagal. Jika gagal, Anwar akan ke penjara.

Oleh yang demikian, Zaid turut ditanya adakah beliau sedia menerima tugas sebagai Pemimpin PKR? Beliau menyatakan kesediaannya. Demikian yang dilaporkan dalam blog The Unspinner. Klik sini untuk selanjutnya.

Semut turut mendapat khabar bahawa spekulasi ini mungkin ada asasnya. Sama ada Zaid akan ditaja oleh Singapura atau Lim Kuan Yew sendiri itu kisah lain.

Secara keseluruhannya, kebanyakkan pimpinan PAS dan DAP sendiri lebih suka jika Zaid Ibrahim menggantikan Anwar. Mereka berpendapat, sekiranya Zaid menjadi Presiden PKR, peluang untuk menarik lebih ramai sokongan Cina akan bertambah.

PAS akan mengambil kesempatan ini untuk bertanding dikawasan - kawasan majoriti Cina dan sekiranya ianya berlaku, mereka akan memenangi lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya akan datang.

Manakala Presiden PKR sedia ada, Wan Azizah pula lebih cenderung kepada Zaid Ibrahim dari Azmin Ali. Ini disebabkan Wan Azizah masih terngiang - ngiang kes diantara Anwar dan Shamsidar Thamrin yang lalu.

Laluan mudah buat si Zaid Ibrahim Al - Araki untuk naik tahta.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sekurang - kurangnya Anwar akan tinggalkan legasinya sendiri. Presiden ber'bin'kan Ibrahim. Beliau bukannya mengatakan anak beliau, Nurul Izzah. Hehehe...

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping