Khamis, Julai 22, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Lanjutan dari perang mulut diantara Justify FullKetua Menteri Pulau Pinang dengan Pegawai Kemajuan Negeri masih lagi hangat di perkatakan. Perang mulut yang bermula dengan insiden 'Tiada Tempat Duduk' berubah kepada beberapa siri tuduh menuduh dan memaki hamun turut mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan mempertahankan SDO Pulau Pinang, Nik Ali Nik Yunus dengan menyatakan bahawa Nik Ali tidak melakukan apa - apa kesalahan. Kenyataan tersebut bagi menjawab tuduhan bahawa Nik Ali menghadiri sidang media yang dianjurakan atas tiket politik, bukan sebagai seorang Pegawai Kerajaan. Seterusnya, Lim Guan Eng telah 'memecat' Nik Ali dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam dan memohon Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan yang sewajarnya.

Mohd Sidek memberitahu situasi demikian tidak boleh dijadikan alasan untuk mengambil apa - apa tindakan terhadap seorang kakitangan kerajaan. Menurut Mohd Sidek lagi, turut hadir dalam sesi Sidang Media itu ialah terdiri daripada Ahli Majlis Pembangunan Negeri.

"If a civil servant in Penang is having a press conference with the (Penang) Chief Minister, who is also the DAP secretary-general, or when I have one with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also the Umno president, is that wrong?" he asked.

Demikian yang dilaporkan dalam The Star Online.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin juga turut menyatakan bahawa tindakan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri yang 'memecat' SDO berkenaan sebagai tidak munasabah. Ianya adalah salah satu contoh menyalah guna - kuasa yang dilakukan oleh Ketua Menteri itu.

Lim Guan Eng bukan sahaja telah memperlekehkan tugas seorang SDO malah memperkecilkan dan memburuk - burukkan imej SDO berkenaan.

"Dia (Guan Eng) tak faham peraturan... dia tak ada kuasa. Kalau dia tak puas hati, dia bolehlah jumpa Ketua Setiausaha Negara (KSN), bincanglah beritahu dan KSN bolehlah melihat sama ada berasas ataupun tidak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baru jadi Ketua Menteri, dah nak tunjuk kuasa. Nak jadi khalifah katanya. Khalifah mana yang pernah memaki hamun pegawai - pegawai atau orang yang berkerja dibawahnya?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping