"...Don't Worry...Sana Duduk, Wang Kita Kasi..."
Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim hari ini mendesak agar Peguam yang mewakili Penyiasat Persendirian Balasubramaniam agar mengistiharkan harta mereka di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Beliau mendesak agar Peguam Manjeet Singh Dillon, Amarjit Singh dan Americk Singh berbuat demikian kepada LHDN serta Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
Annuar Saari dikatakan membuat desakan tersebut ekoran persoalan yang timbul berkenaan dengan sara hidup penyiasat Persendirian itu di London kerana ia dikatakan melibatkan wang perbelanjaan yang banyak.
Bukan sahaja kos sara hidup, malah ia juga melibatkan kos undang - undang untuk merekodkan kenyataan beliau kepada pihak berkuasa Perancis.
“Jika perkara ini gagal dilaksanakan ia akan menimbulkan tanda tanya dari mana mereka memperoleh wang yang banyak untuk membela Balasubramaniam serta kaitan mereka dengan Anwar,” katanya pada sidang media di Hotel De Palma pada Khamis
Desakan yang sama juga telah dilakukan oleh Datuk Seri Zahrain pada 1 Julai yang lalu. Beliau turut mendakwa bahawa Zaid Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan Bala serta si Tikus RPK yang kini masih menetap di London.
Demikian yang dilaporkan oleh mStar Online.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya mendapatkan kenyataan balas Bala terhadap soalan - soalan mereka berkenaan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu serta maklumat - maklumat yang berkenaan.
Mampukah Bala tu duduk di London dan menyara dirinya setiap hari sedangkan di Malaysia beliau hanya seorang Penyiasat Persendirian?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Banyak betul duit jadi PI ni ye?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.