"...Nak Gi Mana Tu? Mintak Izin Dulu..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semakin hari, semakin pelik perangai pemimpin - pemimpin Parti Agama Islam Se - Malaysia ni. Pendirian mereka dilihat berubah - ubah macam cuaca juga gayanya.
Dulu, bersahabat dengan bukan Islam, kafir katanya. Dulu, buat pakatan dengan parti yang tidak menyokong agama, kafir katanya. Dulu, berkawan dengan bukan Islam pun, kafir katanya.
Sekarang terbalik pula. Sekarang, kawan dengan bukan Islam boleh. Sekarang, buat pakatan dengan bukan Islam, boleh. Sekarang buat pakatn dengan bukan Islam, boleh. Malah benarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah, boleh.
Tetapi apa yang peliknya sekarang ni mereka tak benarkan orang Islam berkawan dengan orang Islam. Orang Islam tak boleh bertemu dengan saudara seagamanya. Tidak mengikut persefahaman dan tak faham prinsip katanya.
Itulah yang dikatakan oleh Khalid 'James' Samad semalam. Bagi beliau, tindakan mana - mana pemimpin PAS yang pergi bertemu mufti sebagai golongan orang yang tidak faham prinsip dan perjuangan PAS.
Beliau merujuk kepada isu Datuk Dr. Hassan Ali yang sebelum ini dikatakan bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harusani.
''Kalau benar ada pemimpin Pas menemui Harussani dan bincang mengenai perpaduan UMNO-Pas, mereka itu telah melanggar keputusan parti. Mereka ini juga tidak patuh dan perlu dikenakan tindakan. Mereka tidak faham perjuangan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Demikian yang dinyatakan oleh beliau dalam laporan Utusan Malaysia Online. Tetapi, bagi mereka kalau nak perjuangan penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam boleh pulak?
Dalam dakwaan yang sama, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan bahawa benar beliau ada berjumpa dengan Mufti Perak itu. Tetapi ia bukan bertujuan atas dasar untuk membincangkan hal - hal yang berkaitan dengan politik Perpaduan. Sebaliknya, pertemuan tersebut hanya atas dasar menjalinkan Ukhwah dalam hal - ehwal Agama dan adat Melayu.
Sesuai lah dengan jawatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri yang juga menjaga perkara yang sama, Agama dan Adat Resam Melayu. Pertemuan yang diadakan itu tidak mempunyai agenda sulit tetapi sebaliknya untuk meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi dan profesionalisme seorang Exco.
Adakah Khalid ingin menyatakan bahawa untuk seorang Pemimpin atau Ahli PAS itu perlu mendapatkan kebenaran dari Parti terlebih dahulu untuk bertemu saudara seagamanya?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Ni la masalahnya bila 'berkawan' dengan DAP. Pendirian pun dah macam komunis.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.