Isnin, Julai 19, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Dalam blog Perisik Rakyat hari disiarkan satu lagi kisah Penipu Rakyat dalam sesi ceramah Perdana mereka. Menipu pun secara Perdana juga mereka sekarang.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Husam Musa, beliau berjanji akan memansuhkan cukai jika pembangkang diberi mandat mentadbir Negara selepas PRU 13.

Kata Husam, pembangkang akan cari jalan untuk merealisasikan hasrat ini jika ianya benar - benar berlaku.

Janji lagi Penipu Rakyat ni. Janji yang sedia ada pun tak terlaksana, dah buat janji baru pulak. Susah nak faham perjuangan Penipu Rakyat ni.

Mana tidaknya. Di Selangor sebagai contoh, berapa banyak janji yang ditabur sebelum berjaya menawan negeri tersebut. Cukai Pintu, Air Percuma, bantuan Biasiswa Pelajar, wang tambahan untuk keluarga yang baru mendirikan rumah tangga dan macam - macam lagi. Sampai hari ini, tidak ada satu pun yang terlaksana.

Ni dah buat janji baru pulak? Selain itu Husam Musa juga turut mengulas mengenai penyelarasan baru Gula dan Petrol baru - baru ini.

"...Jelas dan Nyata bahawa UMNO/BN bertindak sesuka hati seumpama Negara ini milik mutlak mereka dan bebas berbuat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada rakyat yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah dan miskin..."

Maka boleh dikatakan bahawa Husam Musa, Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan telah gagal melaksanakan tugasnya. Kerana sehingga hari ini, rakyat Negeri Kelantan masih menduduki tangga teratas dalam senarai masyarakat termiskin dalam negara.

Kenapa tidak Kerajaan Negeri Kelantan sendiri memulakan tindakan Pemansuhan Cukai kepada rakyat ini terlebih dahulu? Paling mudah cukai pintu dan cukai tanah. Mansuhkan dulu di Kelantan, Kedah dan Selangor serta Pulau Pinang. Baru berjanji benda lain.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Tak menunaikan janji pun boleh kira berdosa.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
    Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

    Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
    Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

    aku yang bingai

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping