Jumaat, Ogos 20, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Makin hairan dengan fahaman mereka ni. Saban hari, ada saja perkara pelik yang mereka buat. Luar dari kebiasaan pulak tu.

Kalau biasanya, kita dengar dalam khutbah Jumaat doa dalam khutbah kedua adalah untuk Ketua Negeri yang juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri tersebut. Tapi pelik pulak bagi mereka di Pulau Pinang ni ye.

Laporan dalam Utusan Malaysia Online hari ini menyiarkan bahawa doa dalam Khutbah Jumaat di beberapa tempat di Pulau Pinang didapati menggunakan nama Ketua Menteri mereka, Lim Guan Eng. Kebiasaannya, nama Yang DiPertuan Agong sahaja yang disebut.

Menurut apa yang Semut tahu, adalah tidak boleh bagi kita umat Islam mendoakan orang bukan Islam terutamanya dalam perkara wajib. Maka, solat Jumaat itu adalah KEWAJIBAN bagi kaum lelaki. Malah dalam 'perjanjian' kita dengan Allah S.W.T selepas mengangkat takbir untuk solat dengan membaca doa Iftitah adalah untuk tidak digolongkan dalam golongan Kafir.

Berpandukan Buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato' Ismail Kamus, diantara fardhu Jumaat adalah dua Khutbah. Manakala rukun khutbah ialah; Pertama - Memuji Allah, Kedua - Selawat ke atas Nabi S.A.W, Ketiga - Wasiat Taqwa, Keempat - Membaca sedikit daripada ayat Al - Qur'an dan Kelima - Berdoa kepada orang Mukmin (pada khutbah kedua).

Adakah Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu terdiri daripada golongan orang Mukmin?

Walaubagaimana pun, penjelasan lanjut akan Semut dapatkan mengenai perkara ini nanti dengan merujuk kepada yang orang - orang yang lebih mengetahui mengenainya.

Namun apa yang bersarang di fikiran Semut, apakah perkara seumpama ini boleh dipermain - mainkan oleh mereka di Pulau Pinang secara suka hati?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Beria2 benar Melayu P.Pinang nak bertuankan cina termasuk dalam hal ehwal agama Islam.Mungkin mereka menganggap khalifah lim guan eng sudah masuk Islam sebab pandai sebut nama umar abd aziz.

    Tersengih2 lge sebab mudah sangat nak membeli Melayu.Bolo punya olang..

    BalasPadam
  2. apa komen harun din.????hati hati nanti kena pecat ahli

    BalasPadam
  3. pada pendapat saya yg fakir, byk persoalan yg ada di sini;

    1. Ketepatan berita dgn kejadian sebenar. Sewajibnya org Islam menyelidik setiap berita yg sampai kepadanya..ini ada nas dlm al-Qura'an (lagipun umum tau utusan kurang mesra kerajaan PP)

    2. Rukun khutbah dan syarat khutbah ialah perkara yang mesti ada dalam khutbah. Meninggalkan salah satu darinya akan menyebabkan khutbah terbatal. Tetapi menambah perkara lain tanpa meninggalkan rukun dan syarat tidak akan menyebabkan khutbah terbatal.

    3. Mendoakan mukmin adalah rukun..mendoakan kafir tanpa tinggal doa kpd mukmin..itu perkara baru..harap2 mufti dapat keluarkan fatwa segera

    4. Apa sebenarnya perkara yang membatalkan khutbah..yg saya tau meninggalkan rukun dan syarat sahaja.

    5. Mendoakan pemimpin sebenarnya adalah perkara baru dlm doa..bukan rukun atau syarat

    BalasPadam
  4. realitinya semasa bn menang pon cina juga yg jadi khalifah..BN dan PR sama2 beria2 utk lantik cina jd khalifah di PP

    BalasPadam
  5. BOleh ke orang Islam doa untuk yang bukan Islam di masjid?Kalau jawapan nya tidak boleh .........Macam mana dengan upacara semabahyang di adakan di rumah ibadat hindu,kristian .sikh dan cina beberapa bulan yang lalu untuk DYMM SPB kita bila beliau menajalani pembedahan untuk kakinya di Singapura??????.

    BalasPadam
  6. Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada ISI kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan.

    boleh bace lanjut di sini:
    http://www.zaharuddin.net/fiqh-ibadah/950-doa-untuk-bukan-islam-ketika-khutbah-a-bersin.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping