Jumaat, Ogos 20, 2010


...Keunggulan Cinta...Si Isteri dan Si Suami...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Wah, ini dah kira ajaib ni. Biasanya, pemburu pasang jerat. Tapi yang diburu pula terperangkap dalam jerat yang dia sendiri buat. Apa nak jadi agaknya dengan pasangan ini ye?

Maksud Semut, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Semut mulanya malas nak campur urusan rumah tangga orang. Semut rumah je ada, tangganya belum bina lagi. Insya Allah, dalam masa terdekat.

Pasangan ini benar - benar memberikan gambaran sebenar betapa kukuhnya ikatan perjanjian mereka sampai sanggup mempertahankan apa jua spekulasi dan bahana yang menimpa. Si Isteri benar - benar percaya dengan yakin kepada si Suami walaupun hakikat sebenarnya si Isteri tahu perilaku suami. Demi menjaga maruah Suami, yang benar pun terpaksa dinafikan.

Ancore Kak Wan, Ancore. Semut 'salute' sama lu.

Baca sahaja kenyataan yang diberikan oleh Kak Wan berhubung dakwaan beliau terhadap apa yang Ezam Mohd Noor cakap mengenai Pesanan Ringkas (SMS) beliau supaya 'tengok - tengokkan' Abang Anwarnya. Kononnya, takut kena fitnah lagi. Itu kata Kak Wan sendiri kepada Berita Agenda Daily.

Tapi tak sampai beberapa hari di temuramah, Kak Wan 'lipat baring' cerita. Tukar kenyataan dari ada hantar SMS kepada takde lansung dalam Malaysiakini. Malah Kak Wan sanggup cabar nak saman Ezam kerana menaburkan fitnah, katanya.

Baca laporan penuh dalam The Unspinner kalau tak percaya, klik sini. Cukup lengkap apa yang dipertikaikan oleh mereka mengenai kenyataan Kak Wan.

Kalau Semut jadi Kak Wan, Semut buat apa yang Semut cakap. Saman je Ezam tu, kalau benar beliau rasa apa yang Ezam buat tu satu fitnah. Sebab Ezam sebelum ini dah cabar Kak Wan untuk bersumpah demi maruah. Kak Wan juga kata, apa yang Ezam buat sekarang mencabar maruah beliau sebagai seorang Isteri dan Ibu. Jadi, kenapa tak terima cabaran Ezam untuk bersumpah?

Tapi, macam biasa la. Dah nama pun Isteri. Jadi kena ikut suami juga la nampaknya. Walaupun demi maruah, ia tetap politik. Bukan soal maruah. Cabaran Ezam itu hanya taktik politik. Macam apa yang si Suami cakap la. Mereka pasangan yang mendahului politik dari maruah diri dan keluarga.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Buat la keje yang berfaedah pulak.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Biarlah Jawi panggil Jijah tu. Berani tak dia nak nafikan dia pernah bagitahu Ezam tentang sms yang dihantarnya itu.

    Tapi mungkin juga dia sudah nyanyuk yang dia sendiri pernah menceritakan perkara ini kepada Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping