Ahad, Ogos 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum ini pelbagai persoalan sudah Semut ajukan. Mereka tetap dengan pendirian bahawa ikatan mereka dalam Pakatan Pembangkang adalah ikatan yang kukuh. Anjal, bak kata Presiden PAS. Tidak mampu putus.

Apabila Tun Dr. Mahathir memberi pandangan beliau bahawa apa yang diamalkan oleh Pembangkang hari ini adalah sesuatu yang tidak ikhlas, maka respon yang pantas dilakukan oleh mereka untuk menolak persepsi itu. Tak sempat esok, petang dah ada yang memberi ulasan. Tetapi apabila ianya diminta untuk dibuktikan, mereka diam kembali.

Mereka masih tidak memberi jawapan dan mencabar DAP untuk berdebat mahupun untuk membuat penerangan. Masih tidak ada lagi sebarang forum yang diadakan oleh mereka untuk memahamkan DAP mengenai Hudud dan Penubuhan Negara Islam. Bahkan apabila Lim Kit Siang Ikan menidakkan Negara Islam di Parlimen, tidak ada seorang pun ahli Parlimen PAS yang bangkit dan membantah. Pelik bukan?

Suatu senario yang agak ironik apabila mereka kata mereka ikhlas dalam pakatan. Tetapi sehingga hari ini, mereka masih tidak mendaftarkan nama Pakatan Pembangkang sebagai sebuah Parti Politik. Persoalannya kenapa?

Apabila tiba Pilihanraya Kecil sebagai contoh di Bagan Pinang dulu, bendera yang tidak bertanding juga boleh kita lihat. Dan bila pihak berkuasa dan SPR menurunkannya, mereka marah. Lalu SPR mencadangkan agar mereka membentuk satu ikatan dan didaftarkan mereka tidak mahu. Soalnya mengapa?

Maka atas dasar itu, Semut gelarkan ikatan mereka sebagai satu yang Superficial. Tidak asli. Jika benar ikatan mereka ikhlas, buatlah. Apa yang menjadi penghalang kepada kesatuan mereka itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping