Ahad, Ogos 29, 2010

...Kalau Tidak Berpolitik, Buat Apa Dia Masuk Surau Ni? Takkan Berkaraoke Pulak...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pelik dan menghairankan. Itu sahaja perasaan yang dapat digambarkan apabila kita memperkatakan mengenai Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAS) pada hari ini. Hala tuju mereka boleh berubah dengan sekelip mata. Bak kata orang putih, They Change like a blink of an eye.

Tak berapa lama dahulu, mereka kata nak laksanakan hukum Hudud. Kalau iktu kata Nik Aziz, biarpun ianya mendapat bantahan dari Kerajaan Pusat sekali pun, mereka tetap akan laksanakan. Kemudian timbul penolakan untuk melaksanakan dasar itu dari sekutu mereka sendiri. Bukan dari Kerajaan Pusat. DAP terang - terang menolak keputusan mereka itu.

Penafian dibuat oleh PAS mengatakan pendirian Karpal Singh itu adalah pandangan peribadi. Maka muncul pula Lim Kit Siang selaku penasihat DAP turut menyuarakan perkara yang sama. Malah, kata Lim Kit Siang, bukan sahaja hudud, nak bina Negara Islam sekali pun tidak akan disokong oleh DAP. Maka senyaplah orang - orang PAS macam tikus untuk memperkatakan soal hudud.

Terbaru, mengenai isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid di Selangor. Dah tentu terang lagi sahih bahawa ianya satu perkara yang salah telah dilakukan oleh mereka, tetapi dipertahankan pula oleh pihak PAS. Mati - matian mereka kata boleh bagi orang bukan Islam memasuki surau atau masjid.

Wah! Nampaknya, orang PAS sanggup menolak sunnah Rasulullah S.A.W secara terang - terangan bila tiba bab mempertahankan DAP. Padahal, mereka yang terlebih dahulu menolak idea perlaksanaan Hukum Hudud dan penubuhan Negara Islam. Dan yang lebih memburukkan lagi maruah PAS sebagai parti politik yang mendokong Islam, mereka mengadaikan prinsip mereka dan berpaling dari saudara seagama mereka sendiri. Nauzubillah.

Berdalilkan sabda Nabi; “Sesungguhnya tidak halal (yakni tidak harus) masjid bagi wanita haid dan orang berjunub” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.

Adakah rakyat masih mahu menyokong sebuah parti yang sanggup pada bila - bila masa mengadaikan prinsip mereka semat - mata untuk kuasa? Apa bezanya mereka dengan orang UMNO yang dituduhnya gila kuasa dan sebagainya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping