Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut adalah diantara orang yang suka mengumpul barang yang jarang orang jumpa. Rare Collector. Cuma Semut tak sempat nak simpan duit syiling RM5 yang dikeluarkan dahulu sahaja. Masa tu, mungkin Semut ingat duit ini akan bertahan lama. Jadi biar la dulu, tak payah nak cari atau simpan beria.
Semut tertarik dengan dinar dan dirham yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Bagaimana ianya berfungsi? Berapa harganya dipasaran? 1 Dinar bersama dengan berapa RM? Banyak juga lah persoalannya mengenai sistem kewangan terbaru Negeri Kelantan ini kalau nak dipersoalkan. Mungkin jawapannya hanya dapat diperolehi jika kita ke Negeri Kelantan sahaja.
Dan jika terlalu banyak persoalan, maka akan timbul spekulasi. Sebagai contoh, siapa pengeluar wang dinar dan dirham itu? Di mana kita boleh dapat wang tersebut? Berapa pertukarannya?
Bila tiba bab siapa keluarkan duit tersebut, maka akan timbul pula spekulasi lain. Siapa yang kawal pengeluarannya? Berapa banyak pula peruntukan Kerajaan Negeri yang dikeluarkan untuk membuat syiling tersebut? Kalau nak dipertikaikan, dah tentu mahal harganya sebab ianya terhad. Barang yang terhad ini biasanya mahal. Lain la kalau dibuat secara besar - besaran.
Jadi, dengan pengeluaran dinar dan dirham tersebut, maka jelaslah Kerajaan Negeri banyak duit untuk dibelanjakan. Untuk apa lagi minta royalti minyak kalau dah banyak duit? Mengapa rakyat Negeri Kelantan masih berada ditahap kemiskinan?
Bukankah lebih baik duit peruntukan untuk mengeluarkan dinar dan dirham itu disedekahkan kepada fakir miskin. Ada juga faedahnya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.