Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mengenai isu bacaan doa ketika khutbah kedua solat Jumaat di Pulau Pinang, Semut mendapat beberapa reaksi rakan - rakan diluar dunia siber. Semalam, Semut sempat duduk berbual dengan mereka berkenaan perkara ini.
Semut tetap dengan pandangan bahawa doa dalam khutbah kedua itu tidak wajar dibaca untuk seorang yang bukan Islam. Ianya bertentangan dengan rukun khutbah iaitu hanya mendoakan orang - orang muslim sahaja yang disuruh. Diulangi, DOA DALAM KHUTBAH KEDUA. Ia perlu mengikuti rukun.
Memang tidak salah untuk mendoakan hidayah dan petunjuk kepada bukan Islam, tetapi hendaklah ia dilakukan sewaktu diluar waktu khutbah sedang dibaca. Kalau nak baca pun, lakukan lah dikala habis solat. Tetapi yang penting BUKAN DALAM WAKTU KHUTBAH.
Namun persoalan yang timbul dari perbicaraan Semut semalam, adakah PAS hanya menyokong bacaan doa buat bukan Islam sahaja? Sebab apa persoalan itu timbul? Kerana mereka beria - ia benar mempertahankan tindakan membaca doa buat Lim Guan Eng. Bukankah sebelum ini mereka adakan Solat Hajat berjemaah secara besar - besaran untuk menjahanamkan Perdana Menteri Malaysia. Jadi, adakah tindakan mereka itu munasabah?
Kenapa tidak mereka juga mendoakan keselamatan dan kesejahteraan serta mohon taufik dan hidayah buat Perdana Menteri? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Kene buat bro... nanti klu father kalipa joseph murka, di doakan pecah perut..susah broo... hehehe
BalasPadam