...Wajah Pemimpin 'Double Standard'...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ingat tak kemenangan kali kedua P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor dalam kes petisyen baru - baru ini? Petisyen yang dibuat oleh Zaid Ibrahim Al - Araki itu telah ditolak oleh Mahkamah Pilihanraya kerana kurang bukti.
Sebelum ini, Zaid menyatakan bahawa terdapat unsur - unsur rasuah dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lalu. Kata beliau, ada janji - janji politik untuk memberikan wang jika pengundi memilih calon Barisan Nasional.
Maka, Zaid telah memfailkan petisyen tersebut selepas kalah dalam PRK tersebut. Beliau juga turut mengingatkan pengundi - pengundi di Sibu semasa Pilihanraya Kecil disana untuk tidak terpengaruh dengan janji rasuah seumpama ini.
Sejak kebelakangan ini, kita dengar pula kenyataan dari si Ketua Penipu untuk memberikan insentif sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa kelak. Malah di Pulau Pinang, dengar cerita mereka dah bagi RM 1,000 sorang.
Kenyataan terbaru si Ketua Penipu itu adalah untuk memberikan RM 4,000 kepada isi rumah selama 5 tahun sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya. Wah! RM4,000 dalam masa 5 tahun. Bukan sikit tu.
Kes macam ni tak kira rasuah pulak ke Zaid oi? Tak nak saman ke si Ketua Penipu tu? kalau benar la Zaid nak memperjuangkan anti rasuah dalam Negara, ambil la tindakan terhadap si Ketua Penipu tu. Yang lain pulak macam mana? Kata sebelum ini, UMNO/BN je melaksanakan rasuah. Yang ni, apa cerita?
Jangan bercakap benda yang tak mampu kita buat. Jangan la nak tabur janji yang bukan - bukan. Mana elaun bagi pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga seperti yang dijanjikan oleh PKR Selangor dulu? Mana elaun budak sekolah yang sampai hari ini tak nampak bayang? Jangan katakan RM 1, SEPOSEN pun tak ada. Lagi nak buatjanji baru? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.