Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Lagu lama kalau kita dengar sekali - sekala sedap juga bunyinya. Tapi lagu ni je yang kalau selalu kita dengar pun sumbing. Mana taknya, melodinya sama je. Tak de perubahan pun.
Kalau bercerita dengan orang PAS, dua perkara yang sangat sinonim ini pasti akan kita dengar. Satu Hudud, kedua Negara Islam. Yang bab Negara Islam, sampai hari ni, takde sapa pulak orang PAS yang nak tegur si Lim Kit Siang Ikan tu. Suruh dia berenti berjoget - joget sampai timbul urat leher menolak penubuhan negara Islam. Siap ajak MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan lain - lain parti untuk menyokong beliau. Klik sini untuk imbas kembali.
Hari ini, Tok Guru Nik Aziz sekali lagi melaung - laungkan bahawa kerajaan Negeri akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Beliau yang masih bertekad untuk melaksanakannya walaupun mendapat halangan dari Kerajaan Pusat. Pihaknya akan berusaha sedaya upaya melaksanakan hukum tersebut berdasarkan kemampuan yang ada.
Bagi Semut, kalau nak buat, buat je la. Lagi bagus. Maka boleh la kita tengok macam mana si Lim Kit Siang Ikan tu memberi respon pulak lepas ni. Tapi pelik juga pemberita ni. Kenapa tak nak pulak mereka minta respon dari kalangan pembangkang sendiri mengenai perkara seumpama ini ye? Macam ada yang tak kena pulak.
Kepada Tok Guru Nik Aziz, Semut ucapkan selamat berjaya. Harapan Semut agar Tok Guru dapat melaksanakan apa yang dicitanya itu sepenuhnya. Jangan sampai 'Makan Nasi Dengan Tahi Dah La'. Semut petik kata - kata Tok Guru sendiri:
“Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri kita kan buat. Kita membatas penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian.."
Apa maksudnya membataskan penjualan Arak? Kalau ikut kata Ustaz Azhar Idrus, bukan setakat minum je dapat dosa. Semua yang bersangkutan dengan arak tu akan mendapat dosa. Jadi, membataskan penjualan boleh membataskan dosa ke?
Takde pulak yang dinyatakan oleh Tok Guru mengenai premis - premis perjudian di Kelantan dalam Sinar Harian tadi. Bila nak tutup? Apa penjelasan orang PAS dan Tok Guru sendiri mengenai Demonstari yang dibuat oleh PAS Kelantan dahulu? Klik Sini sekali lagi.
Kalau nak buat, buat sepenuhnya. Jangan la buat separuh - separuh. Ke takpe dapat pahala separuh - separuh? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.