Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berikutan posting Semut dan tajuk utama akhbar Utusan Malaysia hari ini, Semut telah bertanya mengenai perkara ini kepada tiga orang Imam Masjid. Perbincangan Semut dengan mereka tidak menyentuh apa - apa mengenai politik. Cuma sekadar ingin mengetahui.
Diantara perkara yang dihujah oleh Imam - Imam tersebut adalah, jika ianya mengikut rukun Khutbah maka ianya tidak dibenarkan. Kerana menurut rukun khutbah itu, berdoa dalam khutbah kedua itu adalah untuk orang - orang yang Mukmin. Maka untuk mendoakan orang yang bukan Islam apa tah lagi.
Sebagai umat Islam juga, kita tidak dibenarkan berdoa untuk orang bukan Islam, biar pun apa yang dilakukannya itu baik. Sebagai contoh, jika mereka memberi sedekah kepada orang Islam. Maka tidak wajar bagi orang Islam itu mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan untuk mereka.
Sama juga dengan keadaannya apabila kita menjawab salam. Jika datang seorang yang bukan beragama Islam lalu memberikan salam, Assalamualaikum, maka sebagai umat Islam kita dituntut untuk menjawab dengan ucapan Wa'alaikumnassalam. Kerana memberikan salam juga merupakan satu doa. Assalamualaikum, Sejahtera ke atas kamu. Walaikumnassalam, sejahtera juga ke atas diriku.
Namun sekiranya doa itu adalah untuk mereka, yang bukan Islam mendapat hidayah serta petunjuk dari Allah S.W.T agar mereka beriman dan bertaqwa kepadaNya, maka ianya dibolehkan. Sekiranya doa itu dapat membuka hati bukan Islam itu untuk memeluk agama Islam, Alhamdulillah. Perkara itu sangat digalakkan, malah ianya sangat - sangat dialu - alukan.
Demikian serba sedikit penerangan yang telah diberikan oleh Imam -Imam Masjid tersebut melalui Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) dengan Semut pagi tadi.
Kesimpulan yang Semut dapat buat, bagus juga Masjid - Masjid tersebut berbuat demikian. Tetapi hanya tempat dan keadaannya yang tak kena. Kalau diluar khutbah, Semut pun mengalu - alukannya. Moga - moga terbuka hati si Ketua Menteri itu untuk merasa simpati terhadap nasib Melayu yang ditindasnya selama ini.
Harapan Semut semoga doa jemaah Masjid yang sepatutnya dilakukan itu dapat membuka hijab si Khalifah DAP itu untuk menerima Islam dan sama - sama menentang ayahnya yang tidak bersetuju untuk membina Negara Islam. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.