Rabu, Ogos 18, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ekoran teguran dari seorang kolumnis Arab mengenai perlaksanaan Dinar Emas / Perak oleh Kerajaan Kelantan baru - baru ini mendapat reaksi dari Husam Musa. Mushtak Parker yang sebelum ini mengatakan bahawa tindakan Kerajaan Kelantan itu hanya sebagai taktik politik murahan gagal secara sendirian mengishtiharkan dasar kewangan. Laporan penuh, klik sini.

Husam Musa dalam temubual bersama mStar Online baru - baru ini membidas teguran dan ulasan yang dibuat oleh Mushtak Parker. Yang memeranjatkan Semut bukan ulasan yang dibuat oleh Husam Musa, sebaliknya tingkah lakunya itu tidak mencerminkan seorang pejuang Agama.

Mana tidaknya, cuba baca ayat yang dinyatakan oleh beliau ini:

"Siapa dia? Dia tak layak nak komen mengenai tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak. Kerajaan Kelantan ada penasihat ekonomi kami sendiri, kami yakin ia akan menguntungkan rakyat," katanya kepada mStar Online di sini Selasa.

Tak terasa bongkak ke soalan dan kenyataan beliau itu? Mungkin beliau lupa bahawa percakapan juga boleh menjadikan seseorang itu bersifat Takabbur. Mungkin beliau tidak sedar bahawa takabbur juga tergolong dalam sifat - sifat yang dibenci Allah S.W.T.

Dalam tulisan Solusi Isu No. 21 menyatakan bahawa Takabbur merupakan hak mutlak dan ekslusif Allah S.W.T dan tiada sesiapa pun boleh mencabarNya.

Para ulama menjelaskan 3 ciri utama individu yang Takabbur adalah: Pertama - Merasa diri lebih baik, Kedua - Menghina orang lain, dan Ketiga - Menolak Kebenaran. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al - Nahl yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang sombong takabbur".

Adakah Husam Musa juga mahu digolongkan dalam golongan ini?

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

3 ulasan:

  1. sepatutnya husam keluarkan hujah dia utk bela dinar, tu baru betul.

    bukan dengan hujjah longkang mcm tu.

    npknya strategi husam utk raih simpati tak menjadi...kehkeh...cuba lagi taun depan.....kehkeh

    aji

    BalasPadam
  2. biaserla tu..pemimpin PAS mane bole kene tegur. Dorg uci murni..xde cacat celanya. Yg kudis bernanah tu seme UMNO. Walaupun org asing yg tegur dikatenye sesat jgk. Biarkanla..perangai puak2 takabur nih...

    BalasPadam
  3. tu yang keluar boleh berkawan dengan syaitan...PAS (parti ajaran sesat)....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping