Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut hairan dengan apa yang dituntut oleh Presiden MCA ni. Apa sebenarnya yang dia nak? Apa lagi yang nak dituntutnya?
Apa perlunya mengurangkan ekuiti orang Melayu dan Bumiputera yang sebanyak 30% tu? Nak kata adil macam mana kalau kebanyakkan sektor utama negara dikuasai oleh mereka? Mana syarikat gergasi mereka yang ada lembaga Pengarahnya Melayu?
Konon nak membolehkan Bumiputera bersaing dengan adil tapi bila Bumiputera nak buka gudang besar, mereka bantah. Seperti apa yang berlaku disesetangah pekan cina (China Town) di Malaysia ini. Penguasaan mereka dalam kawasan itu sahaja sudah 70%. Melayu, bagaimana?
Kita ambil perniagaan runcit misalnya. Melayu baru nak bukak satu kedai, mereka dah ada gudang 2, 3 buah. Jadi nak bersaing bagaimana? Katakan lah ada Melayu yang mempunyai modal mahu membuka gudang, awal lagi mereka hantar wakil melalui Ahli Majlis untuk membantah. Itu keadilan yang dia nak tuntut?
Itu belum cerita kedai runcit Melayu tu ambil barang dari pemborong mereka lagi. Kalau jual sesama mereka, murah dan boleh berhutang. Tak pe. Kalau kena pada peniaga Melayu, 'Cash On Delivery'. Pulak tu harga berbeza. Kalau hantar barang ke kedai sesama mereka, semua ada. Kedai Melayu, itu takde, ini tinggal sedikit. Nak bersaing dengan adil kata dia?
Bercakap demi kepentingan, itulah masalahnya. Mengapa tidak merujuk kepada realiti? Nak kata kontraktor Melayu melakukan aktiviti 'Ali Baba'. Habis, kontraktor beli bahan binaan dengan siapa kalau bukan dari mereka? Siapa yang untung, kontraktor Melayu yang bekerja tengah panas atau taukey kedai hardware yang duduk goyang kaki dalam kedai?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.