Isnin, Ogos 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pernah satu ketika dahulu, si Gila Kuasa di Perak memberikan geran tanah selama 999 tahun. Maka bercananglah disekeliling Negara memperkatakan mengenai perkara tersebut. Jika di pihak pembangkang, tindakan si Nizar Jamaluddin itu satu perkara yang harus dipuji.

Namun lain pula di Selangor. Kerajaan Negeri akan hanya memberikan kelulusan selama 99 tahun bagi tanah hak milik sementara (TOL). Itu pun sekiranya mereka tinggal dalam Negeri melebihi 15 tahun.

Kata Menteri Besarnya, dengan memberikan hak milik itu, maka Pegangan Bebas (Freehold) tidak lagi perlu dikeluarkan. Malah dengan tindakan itu juga, ia akan memudahkan pemantauan pemilikan tanah tersebut.

Hah! Kalau dulu mereka kata tindakan Nizar itu adil. Jadi kenapa tidak mereka berikan TOL yang sama di semua negeri dibawah pakatan pembangkang? Pelik bukan. Andainya perkara itu baik untuk rakyat, tetapi mereka tidak melaksanakannya secara menyeluruh. Hanya beberapa negeri sahaja yang melaksanakannya.

Jelas membuktikan bahawa dalam 'Keikhlasan' mereka itu wujud percanggahan. Namun percanggahan itu sering dinafikan oleh pemimpin mereka agar pengikut masing - masing tidak mempersoalkannya. Sampai bila kekeliruan ini akan berlanjutan? Sampai bila rakyat harus menerima penipuan dan pembohongan mereka ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping