Isnin, Ogos 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Baru - baru ini sambil duduk bersembang di kedai kopi, seorang rakan menyatakan keresahan hatinya apabila membicarakan mengenai nasib Melayu. Beliau membayangkan keadaan Melayu 50 tahun akan datang. Justify FullSalah satu yang diresahkan oleh beliau adalah mengenai kedudukan Melayu dan pemilikan tanah di Negara ini.

Berita terbaru, mengenai nasib kontraktor Melayu di Negeri - Negeri dibawah Pakatan Pembangkang. Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) hari ini menjelaskan keadaan tersebut kepada MySinChew.com.

Mereka menyatakan bahawa adalah sukar bagi kebanyakkan kontraktor Melayu mendapatkan kerja kerana Kerajaan Negeri menghadkan aktiviti program pembangunan. Keadaan ini juga akan menyebabkan pengembangan ekonomi tempatan terencat.

Ahmad Fatahi Omar yang juga Presiden PKMM menyatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak membuat tindakan tersebut sebaliknya Kerajaan Negeri yang melaksanakannya. Perkara ini sehingga menyebabkan sebilangan kontraktor memohon agar dibayar sejurus selepas selesai tugas walaupun mereka tahu proses pembayaran akan memakan masa.

Malah, tindakan Kerajaan Negeri juga memaksa beberapa kontraktor mencari rezeki dengan cara lain. Ahmad Fatahi juga mengingatkan kepada Melayu khususnya agar bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan dimasa akan datang sekiranya pakatan pembangkang ini mengambil alih Kerajaan Pusat.

Dalam erti kata lainnya, belum tentu terjamin nasib orang Melayu sekiranya mereka mengambil alih negara nanti. Malah kedudukan ekonomi Melayu juga bakal terjejas. Ada baiknya juga keresahan sahabat Semut itu untuk difikirkan dan dijadikan renungan. Adakah kita mahu melihat anak bangsa kita dimasa akan datang menjadi pengemis dibuminya sendiri? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping