Isnin, Ogos 23, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Persoalan Semut sebelum ini mengenai arahan Pengerusi DAP Pusat agar semua ahlinya menutup mulut berkenaan isu penyalahgunaan kepala surat dan cop rasmi exco Kerajaan Negeri Selangor masih belum terungkai. Mengapa perlu mereka diberi arahan sedemikian? Adakah semata - mata untuk menyelamatkan imej parti itu semata - mata? Atau ada perkara lain yang cuba disembunyikan?

Persoalan Semut juga ialah mengenai integriti SPRM. Mengapa mereka masih belum mengambil tindakan? Dan Ronnie Liu selaku orang yang perlu bertanggungjawab juga harus dipersoalkan. Mengapa beliau hanya membuat laporan polis sahaja sedangkan berlakunya penyelewengan yang nyata?

Kes mengenai kamera yang terletak dibilik Menteri Besar Selangor baru - baru ini juga banyak spekulasinya. Malah ia turut menimbulkan pelbagai tanda tanya. Seperti kata seorang ADUN dari Sri Serdang, Datuk Satim Diman, keengganan Khalid untuk membuat laporan polis bakal menimbulkan spekulasi.

Tambah beliau, hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai kebenaran untuk memasuki bilik Menteri Besar. Laporan selanjutnya, klik sini.

Jadi, apa kesnya? Bukankah integriti Parti Keadilan Rakyat untuk menegakkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat? Maka isu - isu ini perlu diberi penjelasan kepada rakyat. Mengapa ianya hanya didiamkan sahaja? Why let the people live in denial? Kalau bercerita pasal Scorpene, habis satu dunia boleh dicanangnya. Jadi, cerita sebegini, mengapa mereka senyap? Wallahualam.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping